Berita Harian

Messi terus ‘dihantui’ The Reds

Peledak terbanyak Barca tetap mahu jurulatih terus kekal

-

Lionel Messi mahu Ernesto Valverde terus mengemudi Barcelona namun mengakui juara Sepanyol itu belum berupaya melupakan kesakitan disingkir Liverpool pada saingan separuh akhir Liga Juara-juara.

Selepas menjuarai La Liga

dengan kelebihan 11 mata, Barca boleh melengkapk­an kejuaraan domestik berganda jika menewaskan Valencia di Seville, bagi aksi final Piala Raja Sepanyol, awal pagi tadi waktu Malaysia.

Tetapi sekali pun meraih kemenangan, ia diakui tidak mampu memadam kekecewaan di Anfield yang menyaksika­n Barca melepaskan kelebihan tiga gol untuk tersingkir dengan kekalahan 4-0 di tempat lawan.

Tidak perlu salahkan jurulatih

Valverde mengakui masa depannya bersama kelab itu belum dapat dipastikan tetapi Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu menegaskan jurulatih itu akan kekal mengendali­kan pasukan.

“Saya sejujur-jujurnya percaya bos (Valverde) sudah melakukan tugas yang mengagumka­n sepanjang tempohnya di sini,” kata Messi. “Saya fikir kekalahan kepada Liverpool, beliau sepatutnya tidak perlu dipersalah­kan, kami adalah orang yang patut dipersalah­kan kerana perlawanan itu.”

“Ia boleh berlaku bagi tahun pertama, tetapi dua tahun berturut-turut ia tidak boleh dimaafkan. Bos jelas akan menjadi sasaran menjadi orang yang dipersalah­kan tetapi pemain lebih daripada itu.

“Saya sukar jika beliau meneruskan­nya. Tahun lalu, kami memenangi kejuaraan berganda sekali pun kami terkejut dengan penyingkir­an di Liga Juara-juara, tahun ini kami boleh menang sekali lagi.

“Jika kamu melihat dua tahun ini, ada beberapa perlawanan yang buruk, tetapi selebihnya adalah bagus.”

Valverde ketika ditanya mengenai jawatannya tetap tenang.

“Saya tidak mendapat aduan daripada presiden atau lembaga pengarah,” kata Valverde. “Kamu nampak terlalu bimbang, jangan menjadi seperti itu.”

Barcelona terdesak untuk memenangi Liga Juara-juara selepas gagal mara ke final selama empat musim berturut-turut yang menyaksika­n seteru utamanya, Real Madrid menjulang trofi keagungan itu selami tiga musim berturut-turut. AFP

 ??  ?? Messi (kiri) mahu Valverde terus kemudi Barcelona.
Messi (kiri) mahu Valverde terus kemudi Barcelona.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia