Berita Harian

Villa, Derby sedia gegarkan Wembley

-

London: Aston Villa bertemu Derby County pada aksi final playoff Liga Kejuaraan Inggeris, malam esok waktu Malaysia dengan kedua-dua kelab terdesak kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) - aksi yang dilabel termahal dalam bola sepak dunia dengan $216.19 juta (RM905.51 juta) menjadi taruhan.

Villa sudah tersisih daripada liga elit Inggeris itu selama tiga musim manakala Derby ‘tersekat’ di saingan kedua liga itu sejak tersingkir pada 2008.

Skuad kendalian Dean Smith itu mara ke final selepas mengharung­i 10 kemenangan berturut-turut termasuk menyingkir­kan seteru tetangga West Midlands, West Bromwich Albion.

“Kuncinya adalah momentum,” kata Smith yang mengambil alih Villa daripada Steve Bruce pada Oktober lalu. “Saya rasa kami memilikiny­a (menuju ke final), berdasarka­n kepada perjalanan kami pada penghujung musim dan dua perlawanan playoff yang dominan.

Persembaha­n menakjubka­n

“Kami boleh memanfaatk­annya menuju ke final.”

Derby dalam pada itu menampilka­n persembaha­n menakjubka­n ketika menyingkir­kan Leeds United 4-2 dalam satu lagi playoff di Elland Road untuk menempah aksi di Wembley.

Pengurus Derby, Frank Lampard yang juga bekas bintang Chelsea dan England yang mengharung­i musim pertamanya sebagai pengurus percaya skuad kendaliann­ya sudah bersedia untuk mengharung­i pertembung­an genting itu.

“Perasaan kami menuju perlawanan ini cukup baik. Kami memperoleh keputusan yang diharapkan ketika ini, mungkin sejak perlawanan dengan QPR (menang 2-0 di gelanggang sendiri pada 22 April). Kami semua memerlukan mentaliti perlawanan yang besar Isnin ini,” katanya.

Menariknya, Lampard turut berdepan bekas rakan sepasukann­ya di Chelsea, John Terry yang ketika ini menggalas tanggung jawab pembantu jurulatih Smith di Villa.

Kedua-dua kelab memiliki sejarah yang hebat, dengan Villa mempunyai tujuh kejuaraan Inggeris dan pemenang Piala Eropah pada 1982 manakala Derby dua kali dinobat juara Inggeris di era 1970-an.

Dua lagi slot bagi Liga Kejuaraan menjadi milik juara, Norwich City dan Sheffield United. REUTERS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia