Berita Harian

Arsenal, Chelsea pulang tiket

-

London: Arsenal dan Chelsea sudah memulangka­n lebih separuh daripada 12,000 tiket final Liga Europa yang diperuntuk­kan kepada kedua-dua pasukan berikutan kesukaran dan perbelanja­an besar peminat ke Baku, Azerbaijan.

Kekurangan penerbanga­n terus dari London ke Baku bermakna peminat perlu membelanja­kan 1,000 pound (RM5,324) untuk perbelanja­an pergi dan balik sejauh lebih 8,000 kilometer tidak termasuk kos tiket perlawanan dan penginapan.

Arsenal sebelum ini membuat aduan mengenai peruntukan yang dianggap sedikit tetapi mengesahka­n kepada AFP yang mereka sudah memulangka­n 2,200 tiket bagi aksi final Eropah pertama The Gunners dalam tempoh 13 tahun.

AFP difahamkan Chelsea baru menjual 2,000 tiket daripada 6,000 tiket yang diperuntuk­kan kepada mereka.

Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menafikan laporan yang mengatakan penaja turut memulangka­n tiket dan berkata yakin peminat tempatan akan membeli baki tiket bagi memastikan Stadium Olimpik yang memiliki kapasiti 68,000 tempat duduk penuh.

“Kebanyakan tiket sudah pun dijual kepada peminat tempatan di Azerbaijan dan kami yakin baki yang tinggal juga akan dijual kerana permintaan amat tinggi,” kata UEFA dalam satu kenyataan.

Kelab peminat, Chelsea Supporters Trust (CST) yang menyertai beberapa lagi kumpulan peminat bukan saja mengkritik UEFA berikutan lokasi aksi final berkenaan, tetapi turut mengecam kelab kerana tidak menjaga kebajikan mereka.

“Baku adalah lokasi yang langsung tidak sesuai bagi perlawanan final besar kejohanan Eropah. Kombinasi kos, kesukaran berkaitan dengan urusan perjalanan dan masa kerja mengurangk­an sokongan peminat yang ingin bertandang secara besar-besaran, termasuk peminat yang setia dan bersedia untuk pergi ke gelanggang sendiri, tempat lawan dan perlawanan Eropah,” kata CTS.

CST juga membuat aduan mengenai kos penerbanga­n sewa yang diaturkan oleh Chelsea dan mendakwa kelab tidak melanjutka­n tempoh untuk pembaharua­n tiket semusim bagi membantu aliran tunai peminat.

Perlawanan final Liga Europa yang membabitka­n dua kelab Inggeris itu dijadualka­n pada awal pagi Khamis ini waktu Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia