Berita Harian

Azilah ‘pantang’ bazar Ramadan

Atlet bola jaring kebangsaan gemar cari juadah berbuka, kemeriahan pengunjung

- Oleh Jumiati Rosly

→ Nama: Noor

Azilah Aziz

→ Sukan: Bola Jaring → Tarikh lahir:

9 September 1998 (21) → Ketinggian:

1.71 meter

→ Adik beradik:

8 orang → Pencapaian: Pingat emas pada Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur Kuala Lumpur

Auntuk menyertai satu pertanding­an kira-kira lima tahun lalu.

“Setakat ini, sudah dua kali saya merasai pengalaman berpuasa di luar negara. Satu daripadany­a adalah ketika latihan di Gold Coast, Australia kira-kira dua tahun lalu dan satu lagi ketika saya berumur 16 tahun.

Raya di Muar

“Pada ketika itu kami perlu bermain dua pertanding­an pada satu hari, memang penat sangat,” katanya.

Bercerita tentang sambutan Aidilfitri, Azilah berkata keluargany­a menetap di Kluang, Johor namun akan pulang di kampung halaman di Muar untuk bertemu saudara-mara.

“Sama juga ketika Aidilfitri, bila balik ke Johor saya dan adik beradik lain selalunya akan ke Ekspo Hari Raya. Saya mesti pergi ke situ tetapi selalunya akan pergi malam terakhir sebelum Aidilfitri sebab lagi meriah suasananya dengan adanya jualan lelong,” katanya.

Azilah berkata sejak menjadi atlet bola jaring pada usia tujuh tahun, beliau sentiasa berpeluang meraikan Aidilfitri bersama keluarga di Johor biarpun sehari dua sahaja.

“Kalau di Kluang yang istimewany­a pada hari pertama Aidilfitri, emak akan memasak bakso selain ketupat dan rendang. Kemudian jika ke Muar pula yang istimewa pastilah ada sate dan juga kupang bakar.

“Tetapi memang seronok bila balik di Muar sebab keluarga besar kami semua balik dan makan bersamasam­a,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Noor Azilah (kanan) pada Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan Ke-35 2019 di Stadium Juara, Bukit Kiara, baru-baru ini.
Noor Azilah (kanan) pada Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan Ke-35 2019 di Stadium Juara, Bukit Kiara, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia