Berita Harian

Penyandang jawatan tolak desakan ‘kem B’

-

Kuala Lumpur: Selepas sekian lama berdiam diri, akhirnya Persekutua­n Karate Malaysia (MAKAF) ‚membuka mulut‘ mengenai tindakan 12 ahli gabunganny­a mahu melancarka­n undi tidak percaya terhadap mereka.

Walaupun tidak menyatakan secara tepat, Setiausaha Agung MAKAF, Datuk Nur Azmi Ahmad, berkata pihaknya tidak akan tunduk dengan desakan ‘kem B’ kerana ia dianggap tidak sah gara-gara sokongan yang tidak mencukupi.

Tegasnya, tiada keperluan untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) di Ipoh pada 9 Julai ini ketika pihaknya sudah mendapat sokongan padu daripada ahli gabungan.

“Memang kumpulan kedua ini meminta untuk diadakan EGM, tetapi malangnya kami tidak bersetuju dan ia secara tidak langsung tidak sah. Persoalann­ya mengapa perlu diadakan EGM selepas kami sudah memenangi dengan cara yang sah pada tahun lalu.

“Mereka ini juga pada awalnya meminta MAKAF untuk membuat EGM tetapi mereka sendiri yang tidak menghantar nama untuk pelantikan sebagai ahli majlis tertinggi,” katanya pada mesyuarat kali pertama majlis tertinggi MAKAF semalam.

Cetus rasa kurang senang

Presiden Persatuan Karate-do Putrajaya, P Thiagu menerusi laporan sebelum ini berkata, sebanyak 12 ahli gabungan mahu mengadakan undi tidak percaya terhadap MAKAF sekali gus mahu mengadakan EGM Julai ini atas beberapa faktor.

Antara dakwaan mereka, MAKAF membenarka­n ahli bukan gabungan untuk menyertai Kejohanan Kebangsaan di Serdang, Selangor, Februari lalu sehingga mencetuska­n rasa kurang senang banyak pihak.

Sementara itu Nur Azmi berkata, MAKAF juga akan menghantar surat tunjuk sebab kepada lima ahli gabunganny­a yang didapati melanggar peraturan tertentu selain sebulat suara menggugurk­an Persatuan Karate Johor hasil mesyuarat semalam.

“Kami akan menghantar surat tunjuk sebab secepat mungkin dan keputusan sama ada kelima-lima persatuan itu akan digugurkan dari MAKAF akan diputuskan pada mesyuarat majlis tertinggi akan datang.

“Untuk Persatuan Karate Johor pula ia digantung oleh PJS (Pesuruhjay­a Sukan) kerana pentadbira­n yang lemah. Atas faktor itu, mesyuarat hari ini (semalam) memutuskan mereka bukan lagi ahli gabungan MAKAF,” katanya.

Lima persatuan yang mendapat surat tunjuk sebab itu adalah Persatuan Karate Putrajaya, Perak, Pahang, Pulau Pinang serta Persekutua­n Karate Goshin-ryu yang dipercayai menjadi antara ahli gabungan menentang MAKAF.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia