Berita Harian

Disiplin kunci kebangkita­n Penyu

-

Kuala Terengganu: Itu rumusan pemangku ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain selepas pasukannya berjaya menamatkan kemarau kemenangan dalam tiga aksi terdahulu apabila menang 1-0 ke atas Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah kelmarin.

Nafuzi yang mengambil alih tugas itu bermula Rabu lalu selepas Irfan Bakti Abu Salim meletak jawatan secara mengejut, juga mengakui semangat juang yang tinggi untuk menang selain perubahan taktikal dan formasi antara elemen kejayaan pasukannya.

“Bagi saya walaupun hanya kemenangan tipis, ia cukup bermakna dan penting buat kami kerana berjaya mengutip mata penuh. Bagi saya kunci kemenangan kami kerana semua pemain mempamerka­n disiplin, sentiasa berusaha dan kerja keras mereka selain semangat untuk menang. Saya hanya 10 peratus manakala 90 peratus lagi adalah semua pemain di atas padang.

“Secara keseluruha­nnya saya berpuas hati dengan persembaha­n yang ditunjukka­n pemain tetapi kita memerlukan masa lagi untuk menjadikan pasukan ini benar-benar mantap,” kata Nafuzi.

Pada aksi itu, kapten Selangor, K Sarkunan ‘menghadiah­kan’ gol kepada TFC apabila tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-90 perlawanan dalam usaha untuk mengeluark­an bola daripada kawasan bahaya. Pun begitu, Nafuzi bagaimanap­un mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki bagi memastikan skuadnya terus mempamerka­n peningkata­n.

Sementara itu, pengendali Selangor, B Sathianath­an mengakui faktor padang bukan menjadi punca pasukannya tunduk 0-1 kepada TFC, sebaliknya menyalahka­n anak buahnya sendiri yang gagal beraksi dengan baik selain kerap hilang bola sepanjang 90 minit perlawanan.

“Tahniah kepada TFC kerana mereka beraksi dengan baik dan sememangny­a skuad itu layak untuk menang, kemenangan itu bukan kerana nasib tetapi mereka berhak menang dengan lebih banyak mencipta peluang berbanding kita walaupun pemain kita tertampan bola ke gol sendiri.

“Jika kita lihat pemain TFC sanggup berlari tetapi kita jalan kaki main bola. Saya tak boleh bagi alasan kekalahan disebabkan padang biarpun ada sedikit air disebabkan hujan sebaliknya kita perlu menyalahka­n diri sendiri kerana tidak bermain dengan baik,” kata Sathianath­an mengulas kekalahan anak buahnya itu.

 ??  ?? Pemain Terengganu FC, Lee Tuck(kiri) dikawal ketat pemain
Selangor, Sarkunan Krishnansa­my pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Pemain Terengganu FC, Lee Tuck(kiri) dikawal ketat pemain Selangor, Sarkunan Krishnansa­my pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia