Berita Harian

MFL tak berjaya bukti kemampuan

Pensyarah kanan UPSI sifatkan Liga M tiada perubahan sejak hampir 4 tahun lalu

- Oleh Syafiq Aznan

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) wujud ataupun tidak, masalah sama tetap juga berlaku, kata Pensyarah Kanan Sains Kejurulati­han Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Zulakbal Abd Karim.

Tegas beliau, meskipun badan pengendali liga itu sudah beroperasi hampir empat tahun, namun masalah sama yang membelengg­u Liga Malaysia (Liga M) terus berlaku sekali gus menimbulka­n persoalan terhadap kerelevana­n badan itu menguruska­n saingan liga domestik.

Katanya, ketika sasaran utama mereka adalah untuk memprofesi­onalkan saingan Liga M, namun mereka dilihat masih ‘terperangk­ap’ dengan masalah seperti yang berlaku ketika saingan liga dikendalik­an Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Apabila MFL mengambil alih operasi liga, saya akui ini satu langkah yang baik apabila mereka mengasingk­an badan profesiona­l dengan badan induk di mana sebelum ini, liga diuruskan satu jabatan di FAM.

Namun apa yang terjadi, saingan liga dikendalik­an MFL tidak bertambah baik dan sama sahaja apabila tiada perubahan seperti yang diuruskan oleh FAM sebelum ini. Ia nampak seolah-olah MFL tak wujud.

Kekal di takuk lama

“Berhubung isu penajaan, mereka seharusnya sudah bersedia dengan perancanga­n alternatif sekiranya berlaku masalah seperti yang terjadi musim ini. Pada saya, dua masalah ini menyebabka­n saingan kita kekal di takuk lama,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Selangor United bersama media di Ampang, kelmarin.

Bagaimanap­un, Zulakbal yang juga Naib Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) menegaskan MFL bukanlah satu badan yang gagal sepenuhnya sebaliknya belum berjaya untuk membuktika­n betapa mereka mampu mencapai sasaran yang dimahukan.

“Apabila kita mahu menswastak­an liga, kita perlu lihat kelompok pengurusan yang berada dalam MFL. Adakah mereka semua tanpa mengira kedudukan sudah diuji dan berjaya mengendali­kan liga profesiona­l.

“Mungkin ada seorang dua yang berpengala­man untuk mengendali­kan saingan liga. Untuk melabel MFL gagal adalah begitu drastik namun setakat ini, mereka belum berjaya khususnya menangani isu yang berlaku sebelum ini,” katanya.

 ??  ?? Aksi Kedah menentang Melaka United di Stadium Darul Aman, baru-baru ini.
Aksi Kedah menentang Melaka United di Stadium Darul Aman, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia