Berita Harian

TMJ anggap laporan tidak benar

-

Kuala Lumpur: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim seolah-olah membayangk­an laporan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City untuk membeli sebuah pasukan Liga Malaysia adalah tidak benar.

Pemilik Johor Darul Ta‘zim (JDT) itu menerusi Instastory semalam berkongsi satu paparan mesej Whatsapp antaranya dengan individu dikenali ‘Tincho 2’ yang mengatakan isu itu sengaja diperbesar­kan.

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahka­n skuad The Citizens berminat untuk membeli sebuah kelab tempatan hasil daripada pertemuann­ya dengan delegasi diketuai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) City, Ferran Soriano.

Menerusi perkongsia­n Instastory TMJ tertulis: “Ferran memberitah­u ia sengaja diperbesar­kan. Dia datang ke KL untuk bertemu penaja. Sebagai penghargaa­n di atas kenyataan diberikan menteri.

“Memang mereka menaruh minat terhadap Malaysia sama seperti negara lain, tetapi mereka tidak berminat untuk membeli mana-mana kelab,” kata petikan yang dikongsi Tincho 2 kepada TMJ.

Menariknya petikan itu dipanjangk­an olehnya kepada TMJ selepas mendapat hantaran daripada individu bernama ‘Laporta Papa’.

Difahamkan, Tincho 2 adalah antara salah seorang pegawai pasukan JDT.

Menerusi laporan BH Sukan semalam nama pasukan Liga Super, Petaling Jaya City FC (PJ City FC) hangat diperkatak­an sebagai pilihan untuk dibeli oleh City walaupun Soriano tidak menyatakan dengan tepat kelab mana yang menjadi pilihan.

Begitupun, spekulasi itu bukan sesuatu yang mengejutka­n memandangk­an PJ City sebelum ini yang dikenali sebagai MIFA sudah diambil alih oleh QI Group yang menjadi rakan strategik City.

Dan anak syarikat mereka, QNET turut menjadi penaja utama pasukan Liga Super yang berpangkal­an di Lembah Klang itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia