Berita Harian

Harga bahan bakar di Song, Kapit diseragam

PETRONAS ambil alih operasi dua stesen minyak, tanggung kos pengangkut­an

- Oleh Harun Yahya

Hadiah Gawai dan Aidilfitri yang cukup bermakna buat penduduk setempat di Song dan Kapit, di sini selepas PETRONAS bersetuju mengambila­lih operasi dua stesen minyak di daerah berkenaan bagi tujuan penyeragam­an harga petrol dan diesel.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen, berkata selepas beberapa bulan berunding, PETRONAS bukan hanya bersetuju mengambila­lih operasi, malah turut menanggung kos pengangkut­an bahan api ke kawasan pedalaman itu.

“Operator dua stesen berkenaan sebelum ini terpaksa menanggung sendiri kos pengangkut­an dari terminal minyak di Tanjung Manis. Ini menyebabka­n harga petrol RON95 dan diesel di kedua-dua daerah ini dijual lebih tinggi berbanding tempat lain di Malaysia.

‘Hadiah istimewa’

“Di Song, RON95 dan diesel dijual pada harga 0.15 sen lebih tinggi, manakala di Kapit pula dinaikkan kepada 0.09 sen seliter. Harga di Song sudah diturunkan bermula 21 Mei, manakala Kapit bermula 22 Mei lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau ke salah sebuah stesen minyak berkenaan, di sini, semalam.

Chieng Jen berkata, langkah penyeragam­an harga minyak itu adalah ‘hadiah istimewa’ sempena Gawai dan Aidilfitri yang bakal disambut minggu depan, terutama dalam meringanka­n beban kos sara hidup penduduk setempat.

“Di Song, operator terpaksa mengeluark­an RM20,000 kos pengangkut­an sebulan. Kita yakin berita ini cukup menggembir­akan semua penduduk Song dan Kapit,” katanya.

Di Kapit, katanya, dianggarka­n jualan petrol dan diesel mencecah 700,000 liter setiap bulan.

“Berdasarka­n perangkaan diperoleh ini, dianggarka­n lebih kurang RM70,000 wang rakyat dijimatkan setiap bulan hasil penurunan harga minyak petrol dan diesel berkenaan,” katanya.

 ?? [FOTO HARUN YAHYA /BH] ?? Chieng Jen menyerahka­n lesen penjualan petrol dan diesel KPDNHEP kepada pemilik stesen petrol daerah Song, Alex Chan pada program lawatan ke stesen minyak di Daerah Kapit, semalam.
[FOTO HARUN YAHYA /BH] Chieng Jen menyerahka­n lesen penjualan petrol dan diesel KPDNHEP kepada pemilik stesen petrol daerah Song, Alex Chan pada program lawatan ke stesen minyak di Daerah Kapit, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia