Berita Harian

Cubaan seludup 10 tong LPG gagal

-

Tawau: Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki cuba menyeludup 10 tong gas petroleum cecair (LPG) ke negara jiran menerusi perairan Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik, malam kelmarin.

Suspek berumur 27 tahun ditahan sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) dalam Ops Gelora Khas selepas bot laju yang dikendalik­annya dikesan berkeadaan mencurigak­an di kawasan terbabit, kira-kira jam 9 malam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali, berkata hasil pemeriksaa­n menemukan 10 tong gas LPG disembunyi­kan di dalam bot laju berkenaan.

Disyaki cuba diseludup keluar ke Indonesia

“Semua bahan bersubsidi itu membabitka­n masing-masing lima tong gas LPG jenama PETRONAS dan MYGAZ, disyaki cuba diseludup keluar ke Indonesia.

“Suspek gagal menunjukka­n sebarang permit atau dokumen kebenaran daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkaitan tong gas yang dibawa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Mohamad Pajeri berkata, barang dirampas termasuk sebuah bot laju bersama satu unit enjin jenis Yamaha 40 kuasa kuda dengan nilai dianggarka­n berjumlah RM18,800.

Tingkat rondaan

Beliau berkata, tangkapan dan rampasan kemudian dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Perkara 3 (1) Peraturanp­eraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Kita akan sentiasa meningkatk­an rondaan dan operasi di laut bagi mengekang kegiatan penyeludup­an barang kawalan, terutama sepanjang musim perayaan ini,” katanya.

 ?? [FOTO IHSAN PPM /BH] ?? Suspek lelaki tempatan disyaki cuba menyeludup keluar 10 tong LPG di kawasan perairan Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik di Tawau ditahan Pasukan Polis Marin dalam Ops Gelora Khas.
[FOTO IHSAN PPM /BH] Suspek lelaki tempatan disyaki cuba menyeludup keluar 10 tong LPG di kawasan perairan Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik di Tawau ditahan Pasukan Polis Marin dalam Ops Gelora Khas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia