Berita Harian

Guna tangga ukur baju Melayu

Mohd Azli Hisyam gembira PEKA beri percuma pakaian raya

- Oleh Ramli Ibrahim

Seorang tukang jahit terpaksa menggunaka­n tangga untuk mengambil ukuran baju individu tertinggi di Malaysia, Mohd Azli Hisyam Abdul Ghafar, 25, di sini, semalam.

Lelaki dengan ketinggian 2.2 meter itu adalah antara 200 keluarga asnaf dan anak yatim yang dijemput hadir ke kediaman Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Asnaf (PEKA) Gua Musang, Mohd Syahbuddin Hashim, di Bandar Utama, di sini, untuk tempahan baju raya.

Mohd Azli Hisyam yang berasal dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan KESEDAR Paloh 3, berkata bukan setakat baju Melayu, pakaian biasa juga sukar diperoleh di kedai kerana ketinggian­nya.

“Setiap tahun, saya terpaksa menjahit pakaian kerana tiada saiz dengan ketinggian saya dijual di kedai dan situasi ini bukan perkara baharu buat saya.

“Malah, dengan ketinggian yang dimiliki juga menyebabka­n kos jahitan mahal dan membebanka­n saya. Syukur Alhamdulil­lah,

Aidilfitri tahun ini PEKA prihatin dengan menyumbang­kan baju raya percuma kepada saya.

Buat tempahan khas

“Mungkin orang luar agak terkejut melihat tukang jahit terpaksa menggunaka­n tangga untuk mengambil ukuran badan, namun setiap kali menjahit baju, situasi itu memang berlaku,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Mohd Syahbuddin berkata, semua mereka yang tersenarai menerima bantuan baju raya itu diukur saiz masing-masing sebelum pengagihan dilakukan pada 1 Jun ini.

“Hanya Mohd Azli Hisyam yang mempunyai ketinggian luar biasa dan tukang jahit terpaksa membuat ukuran saiz menggunaka­n tangga.

“Kita akui memang saiz pakaian untuk Mohd Azli Hisyam sukar diperoleh di pasaran dan terpaksa kita buat tempahan khas,” katanya.

Hanya Mohd Azli Hisyam yang mempunyai ketinggian luar biasa dan tukang jahit terpaksa membuat ukuran saiz menggunaka­n tangga” Mohd Syahbuddin Hashim, Pengerusi PEKA

 ??  ??
 ??  ?? Tukang jahit menggunaka­n tangga ketika mengambil ukuran baju Mohd Azli Hisyam di kediaman Pengerusi PEKA Gua Musang, Bandar Utama, Gua Musang.
Tukang jahit menggunaka­n tangga ketika mengambil ukuran baju Mohd Azli Hisyam di kediaman Pengerusi PEKA Gua Musang, Bandar Utama, Gua Musang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia