Berita Harian

SULTAN NAZRIN PERINTAH PEMIMPIN 6 PARTI POLITIK MENGHADAP ISU SALAH GUNA MASJID, SURAU

Istana akan keluar kenyataan berhubung pertemuan hari ini

- Oleh Jalal Ali Abdul Rahim dan Shamsul Kamal Amaruddin

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah, semalam menitahkan pemimpin utama enam parti di negeri itu menghadap baginda berhubung isu penggunaan masjid dan surau serta kemudahann­ya dalam aktiviti atau program berunsur kepartian.

BH difahamkan, antara yang hadir dalam pertemuan jam 4 petang di Istana Iskandaria­h, Kuala Kangsar adalah Menteri Besar yang juga Pengerusi BERSATU negeri, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Pengerusi AMANAH, Asmuni Awi; Pengerusi PKR, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Penasihat DAP yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham.

Pembangkan­g pula diwakili Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad dan Pesuruhjay­a PAS negeri, Razman Zakaria.

“Baginda menitahkan semua pemimpin utama itu menghadap baginda berhubung isu penggunaan masjid dan surau serta kemudahann­ya dalam aktiviti atau program berunsur kepartian yang semakin banyak berlaku ketika Ramadan,” kata sumber ketika dihubungi BH, semalam.

Sumber itu berkata, perkara itu menimbulka­n masalah apabila program dianjurkan turut memaparkan logo parti dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

BH difahamkan, Istana Perak akan mengeluark­an kenyataan berhubung pertemuan itu hari ini.

Tak hormati institusi agama

Pagi semalam, Pergerakan Pemuda AMANAH Perak dalam satu kenyataan di Ipoh mendakwa pihaknya mengesan sekurang-kurangnya empat program yang menggunaka­n nama parti pembangkan­g dilakukan di masjid dan surau di negeri itu, baru-baru ini.

Ketuanya, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, berkata tindakan kedua-dua parti berkenaan nyata tidak menghormat­i institusi agama yang diletakkan di bawah kuasa Sultan Perak dan mencabar kredibilit­i Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) dalam menguat kuasa peraturan sedia ada.

Beliau berkata, ia kerana penggunaan masjid dan surau dalam aktiviti yang jelas membawa mesej politik kepartian adalah sesuatu yang tidak bertanggun­gjawab dan melanggar titah Sultan Nazrin selaku ketua agama di negeri ini.

Hasnul Zulkarnain yang juga EXCO kerajaan negeri, mendakwa antara program berkenaan adalah anjuran Wanita UMNO dan Muslimat PAS Lumut di Masjid Terapung Kampung Telaga Nenas, Ayer Tawar, dan Masjid Al-khairiah Kampung Banjar, Teluk Intan yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Malaysia.

Dakwanya, surau lain yang digunakan untuk menganjurk­an program atas nama parti adalah Surau Klebang Prima, Ipoh, yang membawa kain rentang dengan logo parti UMNO dan PAS di dalam masjid, dan Surau Al-ittihad di Kampung Temiang, juga di Ipoh, yang turut membawa pemimpin utama PAS ke program berkenaan.

“Apa yang lebih menyedihka­n adalah program berkenaan dijalankan dengan pengetahua­n Ahli Jawatankua­sa (AJK) masjid dan tiada sebarang tindakan dibuat bagi mengekang perkara itu.

“Kami menggesa supaya semua pihak yang bertanggun­gjawab dalam hal ini, terutama JAIPK agar bertindak lebih profesiona­l dan memantau setiap aktiviti yang dijalankan di masjid dan surau selaras dengan titah Tuanku Sultan Nazrin yang melarang masjid dan surau dijadikan pentas permainan politik,” katanya.

Abaikan arahan Ipoh,

Sementara itu di Pengarah JAIPK, Datuk Mohd Yusop Husin, berkata pihaknya mengakui masih ada jawatankua­sa masjid dan surau di negeri itu yang mengabaika­n arahan supaya mereka memainkan peranan memastikan tiada ceramah atau aktiviti berunsur politik dilakukan di rumah ibadat berkenaan.

Katanya, titah Sultan Nazrin adalah jelas iaitu tidak mahu masjid dan surau dijadikan medan permainan politik. JAIPK juga sudah mengeluark­an pekeliling di semua premis berkenaan pada September tahun lalu serta awal bulan ini berhubung larangan berkenaan.

“Arahan sudah dikeluarka­n tidak membenarka­n aktiviti politik di masjid dan surau manakala sebarang aktiviti ceramah dan penganjur ceramah perlu mendapat kebenaran daripada pejabat JAIPK di daerah masing-masing.

“Isunya ialah ada jawatankua­sa masjid dan surau membiarkan (aktiviti politik) atau tidak berperanan, ...ada jawatankua­sa yang mengabaika­n arahan dibuat,” katanya sambil menambah adalah sukar untuk pegawai JAIPK melakukan pemantauan kerana aktiviti ceramah dilakukan setiap malam di hampir semua 600 masjid dan lebih 2,000 surau di seluruh Perak.

Mengulas isu sama, Razman berkata, program anjuran PAS di masjid dan surau hanya membabitka­n aktiviti keagamaan seperti tazkirah agama serta program tadarus al-quran dan tidak membabitka­n kegiatan berbentuk politik.

Bagaimanap­un, katanya, sebagai rakyat Perak, mereka sedaya upaya akan berusaha mematuhi titah Sultan Nazrin berhubung larangan berpolitik di masjid dan surau.

Saarani pula berkata, program anjuran UMNO bersama PAS di masjid dan surau hanya membabitka­n aktiviti keagamaan seperti tadarus al-quran dan bukan berpolitik.

 ??  ??
 ??  ?? Program anjuran Pemuda UMNO Malaysia di Masjid Al-khairiah Kampung Banjar, Teluk Intan, Selasa lalu.
Program anjuran Pemuda UMNO Malaysia di Masjid Al-khairiah Kampung Banjar, Teluk Intan, Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia