Berita Harian

KLINIK SWASTA 'NYAWA-NYAWA IKAN'

-

Hampir 70 peratus daripada lebih 7,000 klinik swasta seluruh negara didakwa berada dalam situasi 'nyawa-nyawa ikan' tertekan oleh kenaikan harga ubat, caj rawatan yang tidak dinaikkan sejak 27 tahun lalu serta kawalan oleh syarikat pengurusan khidmat kesihatan pihak ketiga (TPA). Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM) mendakwa lebih 500 klinik swasta menutup operasi sejak tiga tahun lalu.

Kuala Lumpur: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mendapati, hampir 70 peratus klinik swasta mempunyai pengalaman masalah tuntutan bayaran daripada syarikat pengurusan perkhidmat­an kesihatan pihak ketiga (TPA), terhadap perkhidmat­an yang diberikan kepada pesakit panel mereka.

Kajian dijalankan MMA

Menerusi kajian membabitka­n 1,800 responden itu, MMA mendapati 85.3 peratus daripada klinik terbabit, mempunyai baki tuntutan bayaran sebanyak 25 peratus yang gagal dilunaskan TPA.

Sebanyak 11.5 peratus klinik mempunyai tunggakan tuntutan bayaran di antara 25 hingga 50 peratus, manakala 3.2 peratus lagi mempunyai tunggakan tuntutan bayaran lebih 50 peratus.

Dapatan kajian itu disiarkan MMA menerusi Jurnal Dalaman Kesihatan Awam yang diterbitka­n pada 2017.

Campur tangan, kawalan TPA

Kajian itu juga mendapati hampir 80 peratus klinik swasta yang menggunaka­n khidmat TPA untuk operasi masing-masing, dengan 57 peratus daripadany­a bersetuju TPA mengawal serta campur tangan membabitka­n hal berkaitan rawatan dan konsultasi kepada pesakit.

Tunggu bayaran sehingga 90 hari

Kira-kira 36 peratus pengamal perubatan swasta mengaku terpaksa menunggu di antara 60 hingga 90 hari untuk memperoleh bayaran balik tuntutan yang dibuat kepada TPA, manakala 30 peratus menunggu daripada 90 hingga 120 hari.

Sebanyak 12.3 peratus pula menerima bayaran balik lebih daripada 120 hari, manakala hanya 8.7 peratus sahaja yang mendapat semula bayaran tuntutan dalam tempoh kurang daripada 60 hari.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia