Berita Harian

KHATIB MENINGGAL ATAS MIMBAR KETIKA KHUTBAH JUMAAT

Allahyarha­m sempat ungkap beberapa baris ayat al-quran sebelum rebah

- Oleh Noorazura Abdul Rahman bhnews@bh.com.my

“Selepas menyebut ‘Bertakwala­h kepada Allah’ dan beberapa baris ayat seterusnya ketika membaca khutbah, Allahyarha­m tiba-tiba rebah.”

Demikian detik akhir kejadian khatib di Masjid Al Bukhary, di sini, Ku Yaacob Ku Hasim, 68, meninggal dunia ketika menyampaik­an khutbah Jumaat di masjid berkenaan, tengah hari semalam.

Ketika kejadian, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan

Sallehuddi­n, turut berangkat menunaikan solat bersama rakyat jelata.

Menceritak­an kejadian sedih itu, Eksekutif Kanan masjid berkenaan, Abdul Rahman Yaacob, berkata Allahyarha­m sempat membaca beberapa baris ayat al-quran berkenaan sebelum tiba-tiba rebah.

“Arwah kemudian diangkat oleh jemaah masuk ke dalam ambulans untuk dibawa ke hospital.

“Bagaimanap­un, seorang jemaah iaitu seorang doktor mendapati arwah sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Tiada sebarang tanda pelik

Abdul Rahman berkata, selain ditugaskan membaca khutbah, Allahyarha­m sering memberi tazkirah sebelum solat Zuhur pada Isnin dan Sabtu serta kerap menjadi rujukan ilmu agama oleh jemaah masjid.

“Sebelum Aidilfitri, saya bersama Allahyarha­m berbincang mengenai latihan protokol sebelum membaca khutbah apabila Raja Muda Kedah akan menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

“Arwah tekun mempelajar­i protokol itu... semasa membuat latihan, Allahyarha­m tidak menunjukka­n sebarang tanda pelik, arwah sentiasa nampak tenang,” katanya.

Abdul Rahman berkata, Allahyarha­m yang pernah bertugas sebagai guru agama di sebuah sekolah dan memegang jawatan Pengerusi Surau Taman Mutiara di tempat tinggalnya, seorang yang sangat baik dan tidak pernah meninggika­n suara apabila bercakap.

“Saya mengenali Allahyarha­m empat tahun lalu sejak arwah memegang jawatan Timbalan Pengerusi masjid berkenaan. Beliau seorang yang sangat komited melaksanak­an tugas.

“Malah, apabila berdamping dengan arwah, hati akan tenang dengan tutur katanya yang lemah lembut dan tersusun, arwah seorang yang berbudi pekerti,” katanya yang sudah 16 tahun bertugas di masjid berkenaan.

Difahamkan, sebelum ini Ku Yaacob pernah mengadu kepada ahli jawatankua­sa masjid mengenai keadaannya yang mengalami sesak di dada dan turut mempunyai penyakit kencing manis.

TPM ucap takziah

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menzahir ucapan takziah kepada keluarga Allahyarha­m.

“Kematian yang cukup menginsafk­an. Salam takziah buat keluarga Allahyarha­m Ustaz Ku Yaacob Ku Hashim.

“Semoga dikurniaka­n syurga bersama para solehin,” katanya di laman Twitter, malam tadi.

 ??  ?? Tangkap layar rakaman video Ku Yaacob rebah ketika membacakan khutbah Jumaat di Masjid Al Bukhary, Alor Setar, semalam. 2
Tangkap layar rakaman video Ku Yaacob rebah ketika membacakan khutbah Jumaat di Masjid Al Bukhary, Alor Setar, semalam. 2
 ??  ?? 1
1
 ??  ?? Ku Yaacob Ku Hasim
Ku Yaacob Ku Hasim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia