Berita Harian

KERAJAAN KAJI WAJIB PENIAGA DALAM TALIAN BERDAFTAR DENGAN SSM

-

Kuala Lumpur: Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian India Malaysia (MAICCI) menggesa kerajaan melihat secara serius isu peniaga asing di karnival jualan dalam negara yang dilihat menjejaska­n peniaga tempatan.

Presidenny­a, Datuk N Gobalakris­hnan, berkata isu yang sudah berlanjuta­n sejak 10 tahun lalu itu berleluasa tanpa sebarang tindakan.

“Kita bukan menentang mereka, namun apa yang menjadi persoalan ialah status peniaga itu. Kami maklum mana-mana peniaga yang menjalanka­n perniagaan dalam negara perlu berdaftar dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), mempunyai lesen premis perniagaan dan membayar cukai import dan sebagainya seperti kami.

“Namun, peniaga asing dari India, Pakistan dan Bangladesh ini menyertai karnival sebegini tanpa melalui proses pelesenan dan pembayaran cukai yang tinggi. Ini jelas tidak adil kepada peniaga tempatan,” katanya pada sidang media di pejabat MAICCI di sini, semalam.

Gobalakris­hnan dipercayai merujuk kepada Karnival Global Indian Festival anjuran Agenda Suria Communicat­ion Sdn Bhd yang sedang berlangsun­g di Pusat Pameran Mid Valley dan karnival lain di seluruh negara yang diadakan menjelang Deepavali.

Karnival itu dilihat mendapat penyertaan tinggi daripada peniaga asing dengan tawaran harga barang jauh lebih murah memandangk­an mereka adalah peniaga secara borong.

Temui PM bincang isu

Gobalakris­hnan berkata, pihaknya akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam masa terdekat untuk membincang­kan perkara itu.

“Kami juga akan menyerahka­n memorandum kepada Kementeria­n Dalam Negeri, Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Kementeria­n Kewangan, dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

“Memorandum itu antara lain akan menyentuh mengenai status kemasukan peniaga asing itu, pembayaran cukai dan barang luar negara yang dibawa masuk,” katanya.

Lindungi peniaga

Menurut peraturan sedia ada, Gobalakris­han berkata, peniaga asing (yang tidak berdaftar dengan negara dilawati) hanya boleh mempamerka­n barang dan bukan untuk jualan, seterusnya mereka (peniaga asing) mencari usahawan tempatan menerusi pemadanan perniagaan.

“Isu ini menimbulka­n ketidakpua­san hati dalam kalangan peniaga. Usaha MAICCI ini bukan sahaja melindungi peniaga India tempatan malah peniaga Melayu dan Cina yang turut terjejas menerusi kemasukan peniaga ‘haram’ ini.

“Kerajaan perlu ambil tindakan sewajarnya untuk membendung masalah ini bagi menjaga kebajikan peniaga tempatan yang mengikut prosedur undang-undang,” katanya.

Peniaga asing dari India, Pakistan dan Bangladesh sertai karnival sebegini tanpa lalui proses pelesenan dan pembayaran cukai yang tinggi. Ini jelas tidak adil kepada peniaga tempatan” N Gobalakris­hnan, Pengerusi MAICCI

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia