Berita Harian

3 WARGA MALAYSIA DIBENAR KELUAR HOSPITAL, SAMBUT AIDILFITRI DI RUMAH

Rahimi masih dalam fasa pemulihan fizikal, emosi

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir

Warga Malaysia, Rahimi Ahmad yang menjadi mangsa serangan masjid di Christchur­ch, New Zealand mengakui sambutan raya tahun ini agak bersederha­na kerana masih dalam fasa pemulihan fizikal dan emosi.

Rahimi, 39, yang menjalani rawatan di hospital sejak 16 Mac lalu juga dibenarkan pulang untuk

menjalani proses pemulihan lanjutan di rumahnya di Maidstone Road, Ilam di New Zealand, pada 22 Mei lalu.

Katanya, hasrat untuk pulang beraya di Malaysia pada tahun ini terpaksa dibatalkan, selain mengakui pergerakan­nya terbatas ekoran kecederaan tulang belakang susulan kejadian terbabit.

“Persiapan raya dibuat seperti biasa dan sambutan di sini masih meriah, cuma tahun ini saya tidak berpeluang solat sunat Aidilfitri di masjid kerana belum sembuh sepenuhnya.

“Isteri menyediaka­n ketupat, rendang dan beberapa kuih, selain rakan dan jiran juga berkunjung ke rumah. Saya tak menyertai mereka berkunjung ke kediaman lain kerana sukar untuk bergerak.

“Setakat ini, saya boleh tunduk, angkat kaki kanan dan berjalan guna peralatan sokongan. Tambahan, cuaca sekarang terlalu sejuk menyebabka­n kaki bengkak,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Serangan di dua masjid di Christchur­ch, New Zealand itu mengorbank­an 50 individu serta mencederak­an puluhan yang lain, termasuk tiga rakyat Malaysia, pada jam 1.40 tengah hari (waktu tempatan), 16 Mac lalu.

Masih terbayang tembakan

Selain Rahimi, dua lagi rakyat Malaysia yang tercedera dalam serangan itu ialah Mohd Tarmizi Shuib, 42, dari Alor Setar, Kedah dan Mohd Nazril Hisham Omar, 46, dari Shah Alam, Selangor.

Ketiga-tiga mereka dibenarkan pulang, selain Tarmizi dijangka mula bekerja minggu hadapan.

Selain itu, Allahyarha­m Mohd Haziq, 17, anak kedua Mohd Tarmizi terkorban dalam serangan di Masjid Al Noor.

Ketika kejadian, Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12, dan Mohd Haziq menunaikan solat Jumaat di masjid itu. Mohd Haris terselamat, tetapi trauma.

Sementara itu, Rahimi yang berasal dari Kampung Binjai, Bayan Lepas di sini, mengakui masih terbayang kejadian tembakan itu selepas berkesempa­tan untuk berkunjung ke masjid berkenaan, pada 2 Jun lalu.

“Saya pergi untuk menunaikan solat Asar dan ketika itu saya terbayang kejadian tembakan walaupun semua kelengkapa­n sudah dibaiki dan tiada kesan tembakan. Saya sentiasa berdoa supaya tidak mengalami gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).

“Keadaan itu tidak terlalu mengganggu emosi saya. Bagaimanap­un, anak saya, Ahmad Razif, 11, sentiasa dekat dengan saya kerana dia masih dalam keadaan trauma dan kini sudah 80 peratus pulih,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dua rakyat Malaysia yang turut tercedera ekoran kejadian itu juga sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, selain Ahmad Tarmizi dijangka akan mula bekerja semula, minggu hadapan.

“Mohd Nazril juga sudah mula menunjukka­n perkembang­an positif dan sudah boleh berjalan secara perlahan dengan bantuan alat sokongan,” katanya.

Persiapan raya dibuat seperti biasa dan sambutan di sini masih meriah, cuma tahun ini saya tidak berpeluang solat sunat Aidilfitri di masjid kerana belum sembuh sepenuhnya” Rahimi Ahmad, Mangsa

 ??  ??
 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Mohd Tarmizi (kiri) dan Mohd Nazril (dua dari kiri) turut menyambut Aidilfitri di rumah Rahimi di Maidstone Road, Ilam, Christchur­ch, New Zealand.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Mohd Tarmizi (kiri) dan Mohd Nazril (dua dari kiri) turut menyambut Aidilfitri di rumah Rahimi di Maidstone Road, Ilam, Christchur­ch, New Zealand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia