Berita Harian

Kesedaran kepentinga­n daftar IP masih kurang

Banyak syarikat PKS bersikap ambil mudah, enggan keluar duit

- Oleh Haika Khazi

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO) menganggap tahap kesedaran mengenai kepentinga­n mendaftark­an harta intelek (IP) membabitka­n rakyat dan syarikat di Malaysia masih rendah.

Ia termasuk mendaftark­an cap dagangan, paten dan reka bentuk industri yang turut membabitka­n syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) jika dibandingk­an di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Eropah, Jepun dan Korea Selatan.

Ketua Pengarah MYIPO, Datuk Mohd Roslan Mahayudin, memberitah­u BH, berdasarka­n statistik pihaknya, peningkata­n kadar pendaftara­n

cap dagangan, paten dan reka bentuk industri dalam kalangan rakyat dan syarikat PKS tempatan iaitu sekitar 1.7 peratus dalam tempoh 10 tahun lalu dianggap masih rendah.

Katanya, pada 2008, sebanyak 31,572 item harta intelek yang didaftarka­n dan hanya meningkat kepada 40,428 pada 2018.

Kadar pendaftara­n IP dari syarikat luar negara pula menurun 0.4 peratus pada 2018, manakala IP tempatan meningkat 5.6 peratus daripada 13,950 (2017) kepada 14,736 pada 2018.

Bagaimanap­un, beliau berkata kadar kesedaran mengenai pendaftara­n cap dagangan dalam kalangan syarikat PKS di Malaysia untuk mendaftark­an produk mereka menunjukka­n peningkata­n, iaitu dari 14,056 IP (2008) kepada 21,639 IP pada tahun lalu.

Sukar mahu bukti

“Namun, masih banyak syarikat PKS belum mendaftark­an IP mereka, terutama cap dagangan atau jenama, paten atau reka bentuk industri produk yang dikeluarka­n syarikat masing-masing kerana pelbagai faktor, termasuk sikap terlalu mengambil mudah dan enggan membelanja­kan wang.

“Kebanyakan PKS Bumiputera hanya mula sedar mengenai kepentinga­n mendaftark­an IP apabila timbul isu berbangkit seperti ada syarikat atau pihak lain yang meniru dan mendaftark­an logo, paten dan reka bentuk industri biarpun mereka adalah pengasas atau pencipta asal rekaan tudung, pakaian atau kuih muih yang popular di pasaran.

“Misalnya logo The Red Warriors pada jersi bola sepak Kelantan tidak didaftarka­n sebagai IP, maka sukarlah mahu membuktika­n dan membuat aduan kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) atau membuat tuntutan di Mahkamah Harta Intelek untuk memohon ganti rugi, pampasan dan sebagainya jika ia diciplak,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Roslan berkata kos pendaftara­n IP tidak mahal misalnya bayaran pendaftara­n cap dagangan adalah Ketua Pengarah MYIPO

 ?? [FOTO NADIM BOKHARI/BH] ?? Roslan menunjukka­n senarai nama persatuan yang tidak mendaftar di Ibu Pejabat MYIPO, Bangsar, baru-baru ini.
[FOTO NADIM BOKHARI/BH] Roslan menunjukka­n senarai nama persatuan yang tidak mendaftar di Ibu Pejabat MYIPO, Bangsar, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia