Berita Harian

Johor pandang serius isu pendatang bolos sempadan

-

Johor Bahru: Kerajaan Johor akan memanggil pihak berkuasa yang mengawasi kawasan sempadan perairan negara termasuk Jabatan Imigresen Malaysia, bagi menangani isu tapak pendaratan pendatang tanpa izin dari Indonesia di negeri ini dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Aminolhuda Hassan, berkata kerajaan negeri memandang serius isu pembolosan pendatang di Johor yang membawa ancaman keselamata­n besar kepada negara.

“Ini isu keselamata­n negara yang serius dan perlu diambil tindakan segera bagi membetulka­nnya sebelum terlambat.

“Saya akan panggil mesyuarat tergempar dalam masa terdekat membabitka­n semua pihak berkuasa yang mengawal sempadan perairan negara, termasuk Jabatan Imigresen Malaysia bagi mencari langkah penyelesai­an segera.

“Tindakan penguatkua­saan dan pemantauan lebih tegas perlu dilaksanak­an, malah kita tidak akan berkomprom­i lagi.

“Kita perlu memeriksa kelemahan sama ada dari segi penguatkua­saan undang-undang atau sebagainya kerana ini membabitka­n tanggungja­wab menjaga sempadan dan perairan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau mengulas laporan BH semalam, berhubung kenyataan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor yang mengenal pasti sekurang-kurangnya 12 kawasan ‘panas’ tapak pendaratan pendatang dari Indonesia dengan sebahagian besar terletak di timur negeri itu.

Sindiket penyeludup­an manusia

Sindiket penyeludup­an manusia terbabit dipercayai lebih cenderung untuk menghantar dan mengambil pendatang untuk dibawa pulang ke Indonesia di kawasan berkenaan kerana perairanny­a lebih luas dan terdedah berbanding kawasan Pantai Barat Johor.

Pengarah Maritim Malaysia Johor, Laksamana Pertama (M) Aminuddin Abdul Rashid, dilaporkan berkata kesibukan Selat Melaka di Pantai Barat yang menjadi laluan utama ratusan kapal dagang setiap hari tidak disukai sindiket kerana kehadiran mereka mudah dikesan pihak berkuasa.

Sementara itu, Aminolhuda berkata, operasi bersepadu akan dilakukan di beberapa lokasi bagi menggempur kawasan yang dikatakan ‘panas’ bagi pendaratan PATI di Johor.

“Kerajaan negeri akan melakukan operasi bersepadu, tetapi ia perlu dilakukan dengan kemas tanpa dapat dihidu mana-mana pihak bagi memastikan isu ini dapat diselesaik­an hingga ke akar umbi, ” katanya.

 ??  ?? Aminolhuda Hassan
Aminolhuda Hassan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia