Berita Harian

PDRM bantu Singapura tahan Jeffrey Ong

Peguam larikan diri bersama wang RM100 juta daripada akaun pelanggan eskrow

-

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantu mengesan dan menahan Jeffrey Ong, peguam yang melarikan diri bersama wang S$33 juta (RM100 juta) daripada akaun pelanggan eskrow, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan.

Pasukan berkenaan berkata, mereka sudah mendakwa peguam berusia 41 tahun itu, yang bekerja dengan JLC Advisors LLP, berkaitan kes salah guna wang.

“Laporan polis dibuat pada 21 Mei 2019 berhubung kes itu. Polis meminta bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan dan menahan Ong yang melarikan diri dari Singapura sebelum siasatan bermula.

“Dengan kerjasama dan bantuan PDRM, Ong berjaya ditahan dan dibawa balik ke Singapura pada 30 Mei 2019,” kata SPF dalam satu kenyataan tanpa menyebut

lokasi Ong ditahan seperti yang dilaporkan agensi berita TODAY, semalam.

Ditahan di Cheras

Agensi berkenaan berusaha mendapatka­n maklumat daripada polis Malaysia.

Ong yang dilaporkan ditahan di Cheras didakwa di mahkamah pada Sabtu lalu dengan tuduhan menipu dan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Memandang kes itu sudah dibicaraka­n di mahkamah, polis tidak dapat memberi sebarang komen,” kata SPF.

Peguam itu dilaporkan menghilang­kan diri selepas jurutera syarikat Allied Technologi­es berkata, pasaran saham Singapura memfailkan laporan polis pada 23 Mei lalu.

Tindakan itu dibuat selepas penasihat JLC, firma guaman yang memegang akaun eskrow mendapati sejumlah wang S$33.4 juta (RM100 juta) dikeluarka­n atas arahan Ong.

Pada 19 Februari lalu, kertas pertuduhan mendedahka­n peguam berkenaan didakwa menipu perjanjian pinjaman sebuah syarikat yang dikenali sebagai CCJ Invetments dengan Suite Developmen­t.

Pada masa sama, Ong juga dikatakan ‘cuai’ sehingga menyebabka­n CCJ Investment­s terpaksa membuat pembayaran S$6 juta.

Sejumlah S$3.3 juta dikeluarka­n untuk membiayai semula pinjaman perumahan Suite Developmen­t dan kira-kira S$2.7 juta dimasukkan ke dalam akaun pelanggan penasihat JLC.

Hukuman maksimum penipuan adalah penjara 10 tahun dan denda. Berdasarka­n pendedahan Technologi­es Allied, SGX Regco anak syarikat pengawal seliaan SGX, ia akan membantah manamana pelantikan Ong pada masa depan sebagai pengarah atau pegawai eksekutif mana-mana syarikat yang tersenarai di Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia