Berita Harian

Pelajar perlu tahu batas bergembira: Maszlee

-

Kubang Pasu: Kementeria­n Pendidikan sedih kerana masih ada kes pelajar yang cedera akibat bermain mercun pada sambutan Aidilfitri ini.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata semua pihak khususnya pelajar perlu tahu batas dalam bergembira dan tidak sehingga mendatangk­an kecederaan kepada diri sendiri.

“Kepada adik-adik sekalian janganlah sampai hilang tangan, hilang jari kerana mercun, maksudnya nak bergembira biar berpada-pada.

“Paling penting kita dapat bermain bersama sanak saudara, keluarga serta rakan-rakan yang mungkin setahun sekali baru berjumpa. Jagalah keselamata­n, jangan sampai hilang anggota badan,” katanya, semalam.

Pelajar jadi mangsa mercun

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Rumah Terbuka Menteri Pendidikan Malaysia di Padang Sera, di sini.

Maszlee berkata, setakat ini beliau masih belum mengetahui jumlah sebenar pelajar yang menjadi mangsa mercun pada Ramadan lalu.

Sebelum ini BH melaporkan beberapa kes membabitka­n pelajar yang cedera kerana mercun antaranya pada 18 Mei lalu membabitka­n pelajar Tingkatan Satu, Mohammad Iqbal Anuri yang hilang empat jari di Kampung Sokor, Kok Lanas, Kelantan.

Turut cedera kehilangan jari, pelajar Tingkatan Satu, Syafiq Haikal Shaharuddi­n yang terkena mercun di Kampung Kubang Ikan, Jertih, Terengganu pada 20 Mei lalu.

Selain murid darjah empat, Muhammad Isyraf Firdaus Zurisam yang disahkan hilang penglihata­n kerana terkena serpihan tin sardin yang meletup gara-gara mercun bola yang diletakkan­nya di Kampung Tanjung Batu, Pekan, Pahang pada Sabtu lalu.

Paling penting kita dapat bermain bersama sanak-saudara, keluarga serta rakan-rakan yang mungkin setahun sekali baru berjumpa. Jagalah keselamata­n, jangan sampai hilang anggota badan” Maszlee Malik, Menteri Pendidikan

 ?? [FOTO AMRAN HAMID/BH] ?? Maszlee bersama isteri, Hamidah Mat beramah mesra dengan tetamu Rumah Terbuka Menteri Pendidikan Malaysia di Kampung Gajah Putih, Padang Sera, Kubang Pasu, semalam.
[FOTO AMRAN HAMID/BH] Maszlee bersama isteri, Hamidah Mat beramah mesra dengan tetamu Rumah Terbuka Menteri Pendidikan Malaysia di Kampung Gajah Putih, Padang Sera, Kubang Pasu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia