Berita Harian

Malaysia masih bebas wabak African Swine Fever

-

Putrajaya: Malaysia masih bebas daripada penyakit African Swine Fever (ASF), berikutan langkah pencegahan diambil Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) yang menghalang pengimport­an serta produk babi dari beberapa negara.

Ketua Pengarah Perkhidmat­an Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam, berkata larangan import babi serta produk berkaitann­ya dari China yang dikeluarka­n pada 12 November tahun lalu, manakala Poland serta Belgium (17 Januari), Thailand serta Vietnam (23 Januari) dan Kemboja (4 April).

Beliau berkata, pengawasan klinikal dijalankan terhadap ladang babi komersial membabitka­n lapan negeri dan setakat ini semua yang diperiksa tidak menunjukka­n tanda wabak ASF.

“Persampela­n babi hutan dijalankan bersama Jabatan Perhilitan bagi mengesan virus ASF, membabitka­n sampel 35 babi hutan di enam negeri di Semenanjun­g dan setakat ini tiada virus ASF di kesan daripada semua sampel yang diuji,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dr Quaza berkata, pemantauan dan pemeriksaa­n ke atas kemasukan produk daging babi dari negara berisiko ASF dijalankan oleh Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n (MAQIS) di pintu masuk utama negara bermula 12 November tahun lalu.

Uji 180 sampel produk daging babi

“Sehingga kini, 180 sampel produk daging babi dari negara berisiko ASF diambil dari Pelabuhan Klang Barat, Pelabuhan Pasir Gudang dan Bukit Kayu Hitam dan diuji di Institut Penyelidik­an Haiwan serta makmal veterinar kawasan.

“Sehingga kini, tiada virus ASF dikesan dari semua sampel yang diuji,” katanya.

Beliau berkata, MAQIS juga menjalanka­n pemeriksaa­n dan rampasan produk babi yang dibawa masuk penumpang dari negara berisiko ASF di pintu masuk KLIA serta KLIA2, dan menurutnya kempen kesedaran awam mengenai penyakit ASF dijalankan, membabitka­n pengusaha industri babi untuk meningkatk­an biosekurit­i ladang.

Pemantauan dan pemeriksaa­n ke atas kemasukan produk daging babi dari negara berisiko ASF dijalankan MAQIS di pintu masuk utama negara bermula 12 November tahun lalu” Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam, Ketua Pengarah Perkhidmat­an Veterinar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia