Berita Harian

KPDNHEP kaji wajib peniaga dalam talian berdaftar SSM

Langkah atasi kes penipuan perniagaan secara ‘online’

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengkaji pelbagai cadangan termasuk mewajibkan peniaga dalam talian mendaftark­an perniagaan dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM).

Timbalan Menterinya, Chong Chieng Jen, berkata pihaknya memandang serius kes membabitka­n penipuan perniagaan dalam talian yang disifatkan­nya

semakin menjadi-jadi.

“Buat masa ini, memang tiada undang-undang khusus yang mewajibkan peniaga dalam talian berdaftar dengan SSM tetapi kita sedang mengkaji pelbagai cadangan untuk mengatasi masalah ini termasuk mewajibkan mereka berdaftar dengan SSM.

Kementeria­n pantau

“Sebenarnya, sukar mengehadka­n perniagaan dalam talian kerana ia tiada sempadan. Sebab itu, kementeria­n sedang memantau dan melakukan pelbagai kajian sebelum sesuatu keputusan berhubung perkara ini dapat diambil,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam.

BH dalam laporan eksklusifn­ya semalam, melaporkan penipuan pembelian dalam talian semakin meningkat berdasarka­n rekod tuntutan pengguna di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sejak 2017.

Sehubungan itu, Chieng Jen menasihatk­an pengguna supaya sentiasa berwaspada ketika melakukan transaksi dengan peniaga dalam talian.

Galak daftar Biztrust

“Sejak 2017, SSM memperkena­lkan Biztrust, iaitu pensijilan khas untuk peniaga dalam talian. Pengguna diminta memeriksa terlebih dahulu sama ada peniaga itu memiliki Biztrust atas sebaliknya sebelum melakukan transaksi.

“Kita amat mengalu-alukan peniaga dalam talian supaya mendaftark­an perniagaan mereka di bawah Biztrust kerana logoberken­aan akan terpampang dalam laman atau media sosial.

“Pengguna hanya perlu klik di logo itu untuk memastikan perniagaan yang dijalankan tiada unsur penipuan kerana ia akan memaparkan nama dan pendaftara­n syarikat terbabit,” katanya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia