Berita Harian

Perolehan 12 UAV Scaneagle tak babitkan sebarang kos

AS biayai aset menerusi program Inisiatif Keselamata­n Maritim

- Oleh Nor Azizah Mokhtar

Kerajaan Malaysia tidak menanggung sebarang kos dalam perolehan 12 pesawat tanpa pemandu (UAV) Scaneagle dari Amerika Syarikat (AS).

Kementeria­n Pertahanan dalam satu kenyataan semalam berkata, sebaliknya ia dibiayai AS menerusi program Inisiatif Keselamata­n Maritim (MSI).

Katanya, AS menerusi program MSI menyediaka­n bantuan aset

dan kapasiti, iaitu latihan kepada negara di Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

“Program itu bertujuan membantu meningkatk­an Maritime Domain Awareness di rantau Asia Tenggara.

“Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Amerika Syarikat dan tidak membabitka­n sebarang kos oleh Kerajaan Malaysia,” kata kenyataan itu.

Terima aset berperingk­at

Katanya, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menerima aset itu secara berperingk­at bermula tahun ini sehingga 2022 dengan kumpulan pertama membabitka­n enam UAV Scaneagle dijangka diterima pertengaha­n November ini.

“Selain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), agensi penguat kuasa lain turut menerima manfaat di bawah program MSI bagi meningkatk­an keupayaan pengawasan maritim dan perkongsia­n maklumat di kalangan agensi penguatkua­sa dan ATM.

“Scaneagle UAV yang bakal diterima dari AS dapat membantu Malaysia dalam membuat pengawasan maritim sementara kementeria­n membuat perolehan dua Maritime Patrol Aircraft (MPA) dan tiga Medium Altitude Long Endurance Unmanned Airborne System (MALE UAS) yang akan disempurna­kan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKE-12),” kata kementeria­n.

Malaysia sebagai sebuah negara maritim amat memerlukan keupayaan risikan, pengawasan dan peninjauan (ISR) untuk mengawasi laluan strategikn­ya yang luas di Selat Melaka, Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Kerjasama pertahanan

Menurut kenyataan itu lagi, selaras dengan pendirian Malaysia yang tidak memihak kepada sesiapa dan membina jaringan persahabat­an dengan semua negara, Malaysia mengalu-alukan kerjasama pertahanan dengan semua pihak yang berkepenti­ngan, termasuk AS dan China bagi menjaga keselamata­n negara dan kestabilan rantau Asia Tenggara.

Agensi berita antarabang­sa, Reuters semalam melaporkan AS akan menjual 34 UAV Scaneagle yang dibuat oleh Boeing Co kepada Kerajaan Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam dengan jumlah keseluruha­n bernilai AS$47 juta (RM196 juta).

Jumaat lalu, Pentagon berkata, penjualan itu, termasuk alat ganti dan pembaikan, peralatan sokongan, peralatan latihan dan perkhidmat­an teknikal, selain kerja peralatan yang dijangka siap pada Mac 2022.

Sekurang-kurangnya 12 UAV tanpa senjata dan peralatan bernilai AS$19 juta (RM79.3 juta) dilaporkan akan dibeli oleh Malaysia.

 ?? [FOTO REUTERS] ?? Pesawat tanpa pemandu Scaneagle dari Amerika Syarikat.
[FOTO REUTERS] Pesawat tanpa pemandu Scaneagle dari Amerika Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia