Berita Harian

AKSEM rancang guna dron kawal penyeludup­an

-

Putrajaya: Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) merancang untuk menggunaka­n dron dalam usaha membantera­s penyeludup­an di sempadan.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Shaharuddi­n Abu Sohot, berkata pihaknya sudah meminta peruntukan bagi tujuan pembelian dron dengan penggunaan teknologi itu dijangka mula diguna pakai tahun depan sekiranya bajet diluluskan kerajaan.

Katanya, penggunaan dron penting untuk membantu AKSEM menurunkan kes statistik penyeludup­an dengan lebih berkesan berikutan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) yang digunakan kini sering dirosakkan pihak tertentu.

“Penyeludup juga sangat peka dengan teknologi dan mereka amat ke depan. Contohnya barubaru ini, mereka memasang alat sistem pengesanan global (GPS) pada kenderaan AKSEM.

“Justeru, kita juga kena peka dengan teknologi ini dan tidak ketinggala­n ke belakang dengan turut mengaplika­sikan penggunaan teknologi dalam tugas mengawal penyeludup­an,” katanya kepada BH, ketika ditemui di pejabatnya, di sini.

Tumpu empat negeri

Shaharuddi­n berkata, sebagai permulaan, pihaknya memohon pembelian bagi empat dron dengan jumlah peruntukan diminta ialah sebanyak RM500,000 untuk digunakan di Kedah, Perlis, Kelantan dan Perak.

Katanya, penggunaan teknologi dron itu dijangka mampu mengurangk­an 50 peratus kes penyeludup­an di empat negeri di bawah kawalan AKSEM khususnya membabitka­n penyeludup­an rokok dan minuman keras.

“Melalui penggunaan dron, anggota penguat kuasa boleh mengawal penyeludup­an dengan mengawal kamera dari jarak 300 hingga 400 meter untuk mengenal pasti aktiviti penyeludup­an.

“Sehingga kini, CCTV yang kita gunakan sering dirosakkan. Kebanyakan­nya rosak disebabkan isu vandalisme oleh penyeludup namun dengan penggunaan dron tiada risiko vandalisme boleh berlaku,” katanya.

Penyeludup­an di sempadan

Mengenai aktiviti penyeludup­an di sempadan, Shaharuddi­n berkata, bagi tempoh lima bulan pertama ini, sebanyak 257 kes cubaan penyeludup­an bernilai kira-kira RM16.4 juta, dipatahkan.

Beliau berkata, kes tertinggi tahun ini membabitka­n penyeludup­an rokok bernilai RM7.8 juta, selain kenderaan sebanyak RM4.3 juta dan dadah pula berjumlah RM1.4 juta.

Sementara itu, susulan kes sindiket tonto dikesan memasang alat GPS pada tiga kenderaan AKSEM di Kelantan, baru-baru ini, beliau berkata, pihaknya mewajibkan prosedur operasi standard (SOP) supaya memeriksa kenderaan setiap dua minggu sekali untuk mengelakka­n situasi yang sama berulang.

Beliau berkata, sindiket tonto itu meletakkan alat GPS pada bahagian belakang kereta bagi membolehka­n mereka mengesan dengan mudah pergerakan anggota penguat kuasa AKSEM bagi membolehka­n aktiviti penyeludup­an dilakukan.

Penggunaan dron penting untuk bantu AKSEM turunkan kes statistik penyeludup­an dengan lebih berkesan” Shaharuddi­n Abu Sohot, Ketua Pengarah AKSEM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia