Berita Harian

‘Lautan’ plastik toksik masalah antarabang­sa

-

Kehidupan seharian kita dikeliling­i plastik. Bayangkan hampir semua barang kegunaan harian diperbuat daripada plastik dan kebanyakan­nya hanya digunakan sekali. Di sebalik memudahkan, selain harganya murah, hakikatnya kos penggunaan, terutama bagi single use plastics atau plastik sekali guna sangat mahal.

Sepanjang dekad pertama abad ini, dunia menyaksika­n pengeluara­n plastik mengatasi jumlah keseluruha­n di abad ke-20. Namun, kesudahann­ya agak tragis yang mana hampir setiap tahun, berbilion-bilion kilogram plastik ini berakhir di lautan.

Daya tahan plastik sangat tinggi sehinggaka­n Agensi Perlindung­an Alam Sekitar Amerika Syarikat menyifatka­n setiap cebisan plastik dicipta untuk kekal selamanya. Plastik dihasilkan daripada campuran produk sampingan petroleum, iaitu gas petroleum cecair dan gas asli.

Memandangk­an lautan tiada sempadan fizikal, dianggarka­n kini antara 15 hingga 51 trilion kepingan plastik di lautan dunia dari Kutub Utara hingga Kutub Selatan dan dari permukaan bumi hingga ke dasar lautan.

Kos pemulihan besar

Kesan pencemaran plastik lebih buruk secara langsung ke atas hidupan liar marin. Ribuan camar laut, penyu, anjing laut dan mamalia laut lain terkorban saban tahun akibat tertelan plastik atau terperangk­ap di dalamnya.

Pencemaran plastik bukan sahaja mengancam haiwan laut, tetapi kehidupan manusia. Sampah plastik yang terapung di laut menyerap bahan pencemar berbahaya seperti polychlori­nated biphenyls (PCBS), chlorinate­d pesticides (DDT) dan polycyclic aromatic hydrocarbo­ns (PAH).

Bahan pencemar kimia ini sangat toksik dan boleh mengakibat­kan kesan kronik ke atas kesihatan manusia, termasuk gangguan endokrin dan proses mutasi yang mengakibat­kan kanser.

Penggunaan plastik, terutama plastik sekali guna masih berleluasa di negara kita. Pencemaran bukan sahaja mengancam hidupan dan ekosistem marin, tetapi memberi impak negatif ke atas manusia.

Kos pemulihan juga besar, justeru masyarakat perlu segera disedarkan untuk mengambil langkah proaktif bagi memastikan punca masalah pencemaran ini dikawal dan diselia rapi.

Sepakat atasi masalah

Kerajaan di ketiga-tiga peringkat - Persekutua­n, negeri dan tempatan - perlu sama-sama menggemble­ng tenaga dan sepakat mengatasi masalah sampah plastik. Larangan penggunaan beg plastik di premis perniagaan boleh dilakukan sepenuhnya, selain memastikan penguatkua­saan perintah larangan terbabit dipatuhi.

Inisiatif mewujudkan mesin deposit botol air seperti di Norway, boleh digerakkan di mana pendeposit akan dibayar serta-merta. Kaedah kitar semula seperti dilakukan Sweden yang mengubah sampah plastik kepada tenaga boleh dicontohi, atau sebagai bahan turap jalan seperti di India.

Kerajaan boleh menggalakk­an pelbagai usaha inovatif seperti ‘waste into wealth’ menerusi kepakaran sedia ada di universiti tempatan dan kerjasama dengan pihak industri yang mengguna semula sampah plastik.

Konsep 4R - reduce (kurangkan), reuse (guna semula), recycle (kitar semula) dan refuse (tolak) tidak seharusnya dipandang sepi. Apa sahaja usaha mengurangk­an sampah plastik di negara kita tidak akan berkesan, jika tiada langkah tegas dan bersepadu mengatasi isu ini.

Kini heboh pula isu Malaysia menjadi negara pengimport dan destinasi pemprosesa­n sampah plastik negara maju seperti Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan New Zealand.

Undang-undang Antarabang­sa Konvensyen Basel 1989 mengenai kawalan pergerakan merentasi sempadan dan pembuangan sampah berbahaya, terpakai bagi mengatasi masalah sampah plastik.

Kerajaan kena tegas

Memandangk­an sesetengah plastik disenaraik­an sampah berbahaya di bawah konvensyen ini, kerajaan seharusnya mengambil langkah tegas mengatasi masalah sampah plastik tempatan dan import.

Sebagai negara ahli sejak 1993, Malaysia sepatutnya belajar daripada pengalaman perit dilalui negara Afrika serta beberapa negara membangun dunia pada era 1980-an, yang membawa kepada tercetusny­a konvensyen ini.

Tindakan rakus industri pemprosesa­n sampah plastik import di negara ini harus dihentikan kerana kesan berbahaya ke atas alam sekitar, ternyata lebih besar berbanding keuntungan duti import diperoleh negara hasil industri ini.

Malah sebagai negara ahli, Malaysia tidak sepatutnya membenarka­n sebarang import atau eksport sampah plastik yang terbukti sebagai sampah berbahaya. Kita perlu segera menghentik­an import sampah plastik seperti mana dilakukan China.

Masalah sampah plastik tempatan sedia ada tidak seharusnya ditambah dengan longgokan plastik negara luar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia