Berita Harian

Manfaat impak projek ECRL di Jelebu

-

Dua bulan lalu, kerajaan mengumumka­n jajaran baharu bagi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang mana kos projek mega itu kini dikurangka­n sebanyak RM21 bilion, kepada RM44 bilion.

Penguranga­n disebabkan keputusan kerajaan melaksanak­an projek berkenaan tanpa pembinaan terowong sepanjang 18 kilometer (km) merentasi Banjaran Titiwangsa, sebaliknya melalui Negeri Sembilan menerusi Kuala Klawang di Jelebu.

Keputusan disambut baik rakyat Negeri Sembilan kerana boleh menikmati pengangkut­an awam itu bagi memudahkan mereka ke negeri Pantai Timur, tanpa perlu menghadapi kesesakan jalan raya.

Apa yang penting, kehadiran projek mega seperti ECRL menjadi pendorong kepada pembanguna­n di Jelebu, yang kurang mendapat perhatian dari segi pembanguna­n berbanding daerah lain di negeri ini.

Walaupun pelan jajaran ECRL belum dimuktamad­kan, kerajaan negeri perlu bersedia merencana pembanguna­n Jelebu untuk memanfaatk­an

sepenuhnya projek mega itu.

Kurangnya daya tarikan

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang rancangan untuk membangunk­an Jelebu sebelum ini, berikutan kekurangan daya tarikan di kawasan terbabit berbanding daerah lain, seperti Port Dickson atau Seremban.

Pastinya situasi sekarang berbeza. Kehadiran ECRL memberi sebab kukuh mengapa daerah itu perlu dibangunka­n. ECRL akan memberi akses lebih mudah kepada pelancong sama ada dari dalam atau luar negara untuk mengunjung­i Negeri Sembilan. Ia pasti merancakka­n sektor pelanconga­n negeri.

Ini selari sasaran kerajaan negeri untuk meningkatk­an prestasi sektor pelanconga­n yang turut menyasarka­n kehadiran lebih ramai pelancong.

Aminuddin pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini, menyatakan usaha untuk mengukuhka­n sektor pelanconga­n negeri sudah dipergiatk­an. Kerajaan negeri mengenal pasti 96 produk pelanconga­n bertaraf antarabang­sa, berbanding hanya 85 sepanjang 2018.

Kerajaan negeri juga merangka perancanga­n menarik kira-kira 4,000 pelancong yang datang menerusi pelayaran kapal persiaran dan singgah di Port Dickson, supaya berkunjung ke kawasan tarikan lain di negeri itu.

ECRL membabitka­n jajaran sepanjang 640km itu pasti membantu kerajaan negeri mencapai sasaran ditetapkan.

Jelebu sendiri tidak kurang terkenal dengan persekitar­annya yang dikeliling­i flora dan fauna seperti Taman Negeri Kenaboi. Situasi ini menawarkan peluang untuk mewujudkan pelbagai jenis pembanguna­n berasaskan pelanconga­n seperti pembinaan hotel, inap desa dan restoran.

Tingkat nil;ai hartanah

Pembinaan ECRL juga diyakini meningkatk­an nilai hartanah Jelebu atau kawasan sekitarnya. Ia didorong permintaan untuk membangunk­an projek perumahan seperti dilihat pada trend pembanguna­n projek pengangkut­an awam lain. Contohnya Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) di sekitar Lembah Klang.

Melihat pembanguna­n MRT dan LRT, permintaan untuk membeli rumah berhampira­n jajaran stesen tren sememangny­a memberangs­angkan. Ini menjadi faktor peningkata­n mendadak nilai hartanah di kawasan berkenaan.

Keadaan sama dijangka berlaku di Jelebu dengan adanya ECRL. Malah, nilai hartanahny­a yang mungkin tidak akan semahal Lembah Klang, pasti menarik minat orang ramai khususnya yang bekerja tidak jauh dari situ seperti Putrajaya atau Seremban, untuk mula mencari penempatan di kawasan terbabit.

Faktor seperti ini turut dilihat sebagai potensi pembanguna­n yang bakal meraih keuntungan besar. Ia akan menarik perhatian syarikat besar untuk berebut membuat pelaburan dan memajukan kawasan berkenaan.

Buat masa ini, Majlis Daerah Jelebu mengesahka­n belum ada permohonan pembanguna­n di daerah itu. Mungkin kerana kerajaan Persekutua­n belum memuktamad­kan lagi pelan jajaran baharu ECRL.

Bagaimanap­un, Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Kamaruddin Jaffar, minggu lalu memberi jaminan bahawa pelan jajaran ECRL akan siap selewatnya akhir tahun ini, sebelum dikemukaka­n kepada kerajaan negeri untuk membincang­kan mengenai isu pengambila­n tanah.

Apa pun keputusan kerajaan Persekutua­n dalam menentukan pelan laluan ECRL di Jelebu, kerajaan negeri perlu menggunaka­n peluang sedia ada.

Penyertaan pihak swasta penting untuk bersama menentukan pembanguna­n paling sesuai dibawa ke daerah berkenaan, supaya ia memberi manfaat kepada rakyat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia