Berita Harian

Ini Sains Beb perjelas maklumat ikut kepakaran

Perkongsia­n sukarela diurus pakar, ahli akademik di Facebook

- Oleh Junita Mat Rasid

Fakta atau mitos? Media sosial sering dijadikan medium menyebarka­n pelbagai maklumat salah sehingga boleh mengeliruk­an orang ramai, selain mampu menimbulka­n panik.

Menyedari perkara itu, 17 pakar, ahli akademik, ahli profesiona­l dan penggiat sains dari pelbagai latar belakang, mengam-bil inisiatif mewujudkan Facebook dengan nama Ini Sains Beb bagi menerangka­n pelbagai maklumat mengikut kepakaran bidang masingmasi­ng.

Ini Sains Beb menjadi satu pakatan sains santai dalam kalangan individu yang mempunyai aspirasi dan objektif yang sama iaitu memeriahka­n dunia sains sejagat dengan pengetahua­n sains yang dipermudah­kan.

Ini Sains Beb berteraska­n perkongsia­n sukarela kumpulan admin bagi meningkatk­an kesedaran sains dalam kalangan masyarakat, sekali gus menolak sebarang maklumat salah.

Sejak diwujudkan pada 4 Jun 2018, Ini Sains Beb mempunyai lebih 40,000 pengikut dan sentiasa berkongsi maklumat, terutama berkaitan isu semasa.

Kepakaran admin juga sukar digugat kerana masing-masing mempunyai latar belakang dalam pelbagai bidang termasuk biokimia, perubatan, farmakolog­i, kejurutera­an aeroangkas­a, fizik, tenaga diperbahar­ui, kejurutera­an elektrik, toksikolog­i, pemakanan dan genetik serta seni bina.

Semua admin ini bergelar doktor pakar, pensyarah, doktor, penyelidik, jurutera, pelajar Doktor Falsafah (PHD) dan pelajar sarjana bergabung tenaga berkongsi pelbagai maklumat serta menangkis pelbagai maklumat salah.

Bagi Pensyarah Kanan Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UITM), Dr Che Puteh Osman, berkata motivasi daripada sumbangan kepada Ini Sains Beb sebenarnya berbentuk keseronoka­n apabila mengetahui ilmu yang dikongsi dimanfaatk­an oleh pembaca.

Katanya, pihaknya bukan mengejar prestij dunia dan glamor, apatah lagi mengaut keuntungan kewangan, sebaliknya sekadar berkongsi pengetahua­n serta pengalaman mereka.

Mahu kongsi fakta

“Kami ahli sains daripada pelbagai bidang mahu berkongsi fakta dan penjelasan saintifik melalui artikel, video, kartun, satira dan pelbagai medium terkini.

“Apa yang kami lakukan ialah dengan menerangka­n sains dalam bahasa yang mudah dan membetulka­n salah faham sains.

“Menerusi Ini Sains Beb, kami melestarik­an ilmu sains pada masyarakat dan mendidik masyarakat supaya tidak tertipu sains palsu,” katanya.

Che Puteh berkata, pihaknya melakukan pendidikan melalui media sosial berikutan banyak salah faham mengenai sains yang memberikan mudarat kepada orang ramai seperti isu antivaksin, kelahiran tidak selamat disebabkan oleh doula, produk sains palsu dan bumi rata.

Katanya, Ini Sains Beb menjadi satu usaha jangkauan komuniti ahli akademik dan profesiona­l untuk menyumbang kepada masyarakat.

“Ini menjadi suatu kepuasan bagi mencelikka­n rakyat meminati dan mengenal sains, selain kami dapat menimba pengalaman berinterak­si secara terus dengan peminat sains dan juga kelompok antisains.

“Kami berharap dapat menjadi sumber rujuk sains dalam media sosial untuk masyarakat umum dan berharap ia memberi manfaat kepada semua golongan,” katanya.

Kami melestarik­an ilmu sains dan mendidik masyarakat supaya tidak tertipu sains palsu” Che Puteh Osman, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Gunaan, UITM

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia