Berita Harian

Pilih 3 Syawal ucap kalimah syahadah

-

Melaka: Seorang pekerja pemasangan pendingin hawa memilih sambutan Aidilfitri sebagai tarikh istimewany­a untuk memeluk Islam.

Umpama kembali kepada fitrah asal manusia, Raymond Tan Kwok Chen, 25, yang berasal dari Krubong, di sini, memeluk Islam di pejabat Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Melaka di Bukit Palah semalam.

Kwok Chen melafazkan kalimah syahadah di hadapan Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Azman Aziz.

Pengislama­n itu berjalan lancar seperti dikehendak­inya sendiri walaupun Kwok Chen memberitah­u hasrat awalnya mahu memeluk Islam pada malam menjelang Aidilfitri.

Minat sejak bangku sekolah

Dia yang kini bekerja di Kuala Lumpur, berkata minat mendalami Islam timbul sejak belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim.

“Hanya saya satu-satu pelajar Cina di dalam kelas, manakala rakan lain semuanya Melayu.

“Ketika berlangsun­g kelas Pendidikan Islam, saya turut mendengar apa yang guru ajar, saya tidak mahu keluar kelas,” katanya.

Katanya, selepas tamat sekolah menengah, dia terus bekerja dengan rakannya di Kuala Lumpur, namun hasratnya mendekati Islam semakin mendalam, malah sering menemani rakan yang berhenti menunaikan solat di masjid.

“Rasa ingin tahu dan hasrat memeluk Islam yang lama terpendam membuatkan saya menggunaka­n media sosial untuk mengetahui cara orang bukan Islam yang mahu memeluk agama ini.

“Akhirnya, saya menghantar mesej kepada MACMA dan meluahkan hasrat itu.

“Sebenarnya, malam raya lagi saya mahu melafazkan syahadah kerana saya tidak sabar untuk menjadi umat Islam dan diizinkann­ya berlaku hari ini,” katanya.

Kwok Chen mengakui dirinya merasa lebih tenang sejurus mengucapka­n syahadah dan akan terus mendalami Islam.

“Saya juga berpuasa seminggu pertama tahun ini walaupun belum peluk Islam,” katanya.

 ?? [FOTO RASUL AZLI SAMAD /BH] ?? Raymond melafazkan kalimah syahadah di pejabat MACMA Melaka, Bukit Palah, semalam.
[FOTO RASUL AZLI SAMAD /BH] Raymond melafazkan kalimah syahadah di pejabat MACMA Melaka, Bukit Palah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia