Berita Harian

Budak empat tahun lemas jatuh sungai ketika beraya

Kunjungan ibu mangsa ke rumah rakan berakhir tragedi

- Oleh Fardy Bungga

Kunjungan seorang wanita ke rumah rakan sekampung untuk berhari raya bertukar pilu apabila anaknya berusia empat tahun lemas dalam sungai di Kampung Tempurung, Kuala Penyu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Muhammad Fazril

Abdullah dikatakan mengikuti ibunya beraya di rumah rakan ibunya, namun mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai di belakang rumah dikunjungi.

Ibu mangsa yang menyedari kehilangan anaknya, meminta bantuan keluarga rakannya mencari mangsa.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superinten­dan Azmir Abd Razak, berkata selepas 20 minit mencari mangsa, salah seorang ahli keluarga rakannya memaklumka­n menemui mangsa di dalam sungai di belakang rumah mereka.

Diberi bantuan kecemasan

Katanya, mangsa kemudian diangkat keluar dan diberikan bantuan kecemasan, namun masih tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Hospital Kuala Penyu.

“Ketika mendapatka­n rawatan, pegawai perubatan memberitah­u keluarga mangsa masih tidak sedarkan diri, tetapi nadinya masih berdenyut dan usaha menyelamat­kannya diteruskan.

“Kira-kira jam 5.45 petang, pegawai perubatan memaklumka­n mangsa tidak dapat diselamatk­an dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kes diklasifik­asikan mati mengejut

Azmir berkata, mayat kanakkanak itu sudah dihantar ke unit forensik Hospital Kuala Penyu untuk bedah siasat bagi mengesahka­n punca sebenar kematian mangsa.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan setakat ini kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

“Tindakan siasatan sudah dilakukan termasuk melawat lokasi kejadian, merakam percakapan pengadu dan saksi kejadian untuk membantu siasatan lanjut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia