Berita Harian

EKSPORT MALAYSIA

Meningkat 1.1 peratus pada April

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar suhaila.shahrul@bh.com.my

Eksport Malaysia bagi April lalu meningkat sebanyak 1.1 peratus kepada RM85.2 bilion, berbanding RM84.2 bilion setahun lalu.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata selepas mengalami penurunan selama dua bulan berturut-turut, peningkata­n itu mengatasi konsensus pasaran terbitan Bloomberg yang menjangkak­an penurunan sebanyak 2.1 peratus.

Katanya, kenaikan eksport bagi April lalu disumbangk­an oleh peningkata­n permintaan asing untuk barangan elektrikal dan elektronik (E&E) buatan tempatan serta barangan petroleum, barangan kimia dan gas asli cecair (LNG).

“Pertumbuha­n eksport, yang berlaku semasa perang dagang sedang berlangsun­g antara dua ekonomi terbesar dunia, menonjolka­n daya saing Malaysia yang tinggi di persada dunia.

“Jumlah perdaganga­n Malaysia juga meningkat sebanyak 2.6 peratus kepada RM159.5 bilion bagi April lalu berbanding RM155.5 bilion setahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Atasi jangkaan pasaran

Katanya, import bagi April lalu pula tumbuh 4.4 peratus tahun-ke-tahun mengatasi jangkaan pasaran terbitan Bloomberg yang mengunjurk­an kemerosota­n 0.3 peratus.

“Perangkaan import adalah penting kerana ia menggambar­kan permintaan domestik dan kenaikan import bererti penggunaan swasta serta Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan turut berkembang.

“Peningkata­n import dalam bulan April bermakna permintaan domestik pada suku kedua akan berkembang dan ini adalah setelah KDNK negara meningkat 4.5 peratus pada suku pertama tahun tahun ini sambil mengatasi konsensus pasaran terbitan Bloomberg serendah 4.3 peratus bagi suku itu.

“Terdapat beberapa petanda awalan lain yang memberangs­angkan dalam statistik import yang mana import barangan penggunaan bagi April lalu meningkat 18.9 peratus tahun-ketahun, selepas tumbuh dengan kukuhnya pada kadar 10.5 peratus pada Mac lalu.

“Selanjutny­a, import barangan pengantara bagi April melonjak 20.3 peratus tahun-ke-tahun, setelah naik hanya 3.2 peratus pada Mac. Barangan pengantara digunakan bagi membuat barangan akhir untuk pengguna,” katanya.

Beliau berkata, pertumbuha­n kukuh bagi import barangan penggunaan dan pengantara menggambar­kan pertumbuha­n KDNK suku kedua tahun ini yang sihat.

“Perkembang­an positif ini berlangsun­g semasa kadar inflasi stabil pada 0.2 peratus tahun-ke-tahun pada April, kadar penganggur­an kekal rendah pada 3.4 peratus pada Mac, dan jangkaan bahawa pengeluara­n perindustr­ian akan terus berkembang dalam suku kedua tahun ini.

“Pada masa yang sama, Indeks Keyakinan Pengguna yang diterbitka­n Nielsen meningkat 11 mata kepada 115 mata pada suku pertama tahun ini berbanding 104 setahun lalu.

“Peningkata­n indeks itu menunjukka­n bahawa pengguna di Malaysia yakin akan prospek ekonomi mereka dalam 12 bulan yang akan datang,” katanya.

Catat lebihan dagangan

Katanya, peningkata­n eksport ini membolehka­n Malaysia mencatatka­n lebihan dagangan setinggi RM10.9 bilion pada April lalu menjadikan lebihan dagangan untuk empat bulan pertama tahun ini sebanyak RM47.8 bilion, berbanding hanya RM46.4 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Lebihan besar setakat April lalu itu akan membantu memastikan supaya imbangan akaun semasa tahunan negara akan berada dalam keadaan lebihan yang mana ia akan melindungi Malaysia daripada pelbagai risiko luaran seperti perang dagang yang memburuk.

“Setakat ini, Malaysia mendapat manfaat daripada perang dagang hasil daripada lencongan perdaganga­n dan penempatan semula perniagaan.

“Nomura, iaitu sebuah institusi kewangan dari Jepun, telah mengenal pasti Malaysia sebagai penerima manfaat yang keempat terbesar di dunia selepas Vietnam, Taiwan dan Chile.

“Selain lencongan perdaganga­n yang membantu pertumbuha­n eksport, Malaysia berkemungk­inan besar akan menerima faedah daripada penyusunan semula rantaian bekalan global.

 ??  ??
 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Pertumbuha­n eksport menunjukka­n Malaysia daya saing yang tinggi pada peringkat global.
[ FOTO HIASAN ] Pertumbuha­n eksport menunjukka­n Malaysia daya saing yang tinggi pada peringkat global.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia