Berita Harian

Sektor automotif negara terus kukuh

Transforma­si ke arah teknologi terkini beri perkembang­an baik kepada industri

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Mercedes-benz Malaysia (MBM) menyifatka­n industri automotif Malaysia semakin berkembang kukuh dan melalui revolusi yang positif ke arah mobiliti masa depan sejajar dengan perkembang­an dunia.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Mark Raine, berkata transforma­si yang berlaku dalam industri automotif tempatan diterjemah­kan menerusi peralihan daripada konvension­al kepada lebih sofistikat­ed merangkumi kenderaan elektrik, hibrid dan pendigital­an sesebuah kenderaan.

“Saya tidak bercakap mengenai saiz keseluruha­n industri automotif Malaysia kerana negara ini hanya memiliki 31 juta penduduk berbanding pasaran lain. Tetapi bagaimana perkembang­an positif industri di sini yang mempraktik­kan teknologi terkini dan perkembang­an ini memberikan sesuatu yang baik kepada Malaysia.

“Bagi saya, jumlah keseluruha­n industri (TIV) sekitar 530,000 setahun adalah sesuai untuk pasaran negara ini,” katanya ketika ditemui di Sepang, baru-baru ini.

Raine yang bakal mengakhiri tugasnya di Malaysia bulan ini, berkata pencapaian selama empat tahun setengah membuktika­n MBM serius untuk menawarkan kenderaan mewah terbaik kepada pelanggan di Malaysia.

“Saya gembira dengan pencapaian saya di Malaysia. Empat tahun setengah di sini, saya melihat lonjakan hampir dua kali ganda dalam jumlah kenderaan. Pertumbuha­n 90 peratus dalam tempoh empat tahun. Penguasaan pasaran juga melonjak dua angka kepada 2.4 peratus berbanding kira-kira satu peratus ketika saya sampai di Malaysia.

Pelaburan besar di Malaysia

“Ini adalah pencapaian hasil daripada pendekatan pelanggan yang kita ambil menerusi langkah fleksibel. Kita memahami situasi pasaran dan permintaan pelanggan,” katanya.

Beliau berkata, MBM membuat pelaburan besar dalam pengeluara­n tempatan untuk pertumbuha­n masa depan.

“Syarikat membuat pelaburan besar dalam kebanyakan bahagian termasuk rangkaian pengedar, pendigital­an perkhidmat­an, memperluas­kan portfolio produk, tingkatkan pengalaman pelanggan dan perkhidmat­an selepas jualan.

“Kami tidak berkomprom­i dari segi kualiti dan kuantiti. Kami menghasilk­an 10,000 unit kereta ketika ini di kilang pengeluara­n di Pekan, Pahang di mana pada 2014 hanya 3,500 unit dihasilkan,” katanya.

Raine berkata, MBM optimis untuk kekal menguasai kedudukan pertama dalam segmen mewah di negara ini untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

“Pendekatan bersepadu dengan pihak berkepenti­ngan membuatkan operasi kami lancar dan bagi saya pencapaian terbesar yang dicapai oleh MBM adalah pendekatan nilai pelanggan yang melonjak. Kami bekerjasam­a rapat dengan semua pihak berkepenti­ngan, pengedar, pembekal, media, rakan pemasaran.

“Ia adalah formula kejayaan dan kami melancarka­n 50 kereta dalam empat tahun. Kami sentiasa mahu pilihan lebih banyak dalam segmen premium. Kami meletakkan pelanggan sebagai kepentinga­n utama dengan menyesuaik­an keperluan pelanggan,” katanya.

Kami tidak berkomprom­i dari segi kualiti dan kuantiti. Kami menghasilk­an 10,000 unit kereta ketika ini di kilang pengeluara­n di Pekan, Pahang di mana pada 2014 hanya 3,500 unit dihasilkan” Mark Raine,

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia