Berita Harian

INDUSTRI HALAL

-

Banyak negara mahu guna kepakaran Malaysia

Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) berkata, semakin banyak negara mencari peluang untuk mempelajar­i kepakaran Malaysia dalam industri halal khususnya melalui pensijilan serta ekosistem.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Wan Latiff Wan Musa, berkata Jepun, Taiwan, Chile, Kazakhstan dan Uzbekistan ialah antara negara yang melahirkan minat untuk memanfaatk­an pengalaman Malaysia sebagai perintis pensijilan halal dan ekosistem industri.

“Kita telah mendahului berbanding negara Muslim yang lain. Hasrat terbabit akan mendorong Malaysia untuk terus maju dalam industri halal,” katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan kepentinga­n mengubah tanggapan bahawa konsep halal itu hanya membabitka­n daging, sedangkan ia merangkumi keseluruha­n proses pembuatan sesuatu produk.

Sehubungan itu, beliau berkata Pameran Halal Antarabang­sa Malaysia (Mihas) 2019 berhasrat memperkena­lkan pensijilan halal kepada produk baharu seperti lampin, tuala wanita serta sarung tangan perubatan menerusi program tahunan itu.

Wan Latiff berkata, industri halal ialah satu daripada industri yang diberikan tumpuan istimewa oleh kerajaan meliputi rancangan induk industri, selain penubuhan Majlis Halal Malaysia bagi menyelaras dan memantau pelaksanaa­n inisiatif halal menerusi rancangan induk itu.

“Dengan komitmen kerajaan, kita dapat melihat bahawa industri halal di Malaysia berkembang pesat,” katanya memaklumka­n setakat ini terdapat 13 piawaian halal di negara ini yang menjadi panduan bagi syarikat Malaysia berkembang maju dalam industri terbabit.

“Kira-kira 8,000 syarikat Malaysia mempunyai pensijilan halal dengan 1,700 daripadany­a adalah pengekspor­t,” kata Wan Latiff.

Bagi ekosistem industri, Wan Latiff berkata Malaysia telah mewujudkan sistem komprehens­if termasuk pensijilan, kemudahan serta pendanaan bagi membolehka­n industri berkenaan terus berkembang.

Beliau berkata, industri terbabit menyasarka­n mencecah RM50 bilion nilai eksport menjelang 2020 berbanding RM40 bilion tahun lalu menerusi komponen utama seperti makanan dan minuman (F&B), derivatif minyak sawit, bahan halal, kosmetik dan penjagaan kulit serta produk farmaseuti­kal dan bahan kimia perindustr­ian.

Jepun, Taiwan tandatanga­n MOU dengan MATRADE

F&B terdiri daripada kira-kira 50 peratus daripada eksport berkenaan, katanya.

Memetik laporan Thomson Reuters, Wan Latiff berkata, pengguna Muslim membelanja­kan kira-kira AS$2.1 trilion pada 2018 dengan AS$1.3 trilion bagi F&B.

Mengulas minat Jepun dan Taiwan terhadap industri halal, beliau berkata kedua-dua negara telah menandatan­gani memorandum persefaham­an dengan MATRADE pada tahun lalu yang antara lain membuka jalan untuk pembanguna­n industri halal di negara terbabit.

Katanya, Jepun berhasrat melancarka­n kempen halal bagi pelanconga­n halal bersempena Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Menurut Wan Latiff, Jepun menerima 31 juta pengunjung pada 2018 dengan jutaan daripadany­a beragama Islam termasuk 400,000 rakyat Malaysia.

“Mereka menyasarka­n menerima 40 juta pelancong pada 2020 termasuk 1.5 juta yang beragama Islam,” katanya.

Wan Latiff berkata Taiwan turut meneroka pelanconga­n Islam dengan menyasar Malaysia sebagai satu daripada pasaran mereka.

Negara itu berhasrat menganjurk­an ekspo ketiganya di Malaysia susulan kejayaan dua ekspo pada tahun lalu, kata beliau.

Bagi Kazakhstan, beliau menjelaska­n MATRADE pula bekerjasam­a dengan Islamic Developmen­t Bank (IDB) dan syarikat tempatan untuk membangunk­an kewangan Islam di negara itu.

“Mereka juga berhasrat menarik penggiat kewangan Islam Malaysia untuk menyediaka­n perkhidmat­an terbabit di negara berkenaan selain membantu bank tempatan untuk memahami kewangan Islam,” kata Wan Latiff.

Kita telah mendahului berbanding negara Muslim yang lain. Hasrat terbabit akan mendorong Malaysia untuk terus maju dalam industri halal” Wan Latiff Wan Musa, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia