Berita Harian

Rumah tidak terjual cabaran industri

Lambakan bekalan, kemampuan membeli rendah belenggu pasaran

- Oleh Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@nstp.com.my

Dengan lambakan unit kediaman yang tidak terjual, diburukkan lagi dengan kemampuan membeli kediaman yang rendah, terus memberi tekanan kepada pasaran hartanah untuk kembali rancak seperti sedekad lalu.

Platform sehenti sewa, beli dan jual rumah, SPEEDHOME, menunjukka­n data transaksi selama dua tahun lalu menunjukka­n kadar sewa di beberapa kawasan popular terutama di Kuala Lumpur, tidak meningkat kerana terdapat peningkata­n bekalan hartanah yang berlebihan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Wong Whei Meng, berkata bagi pemilik yang membeli rumah lima tahun lalu dengan harga yang lebih rendah, mereka masih boleh mendapatka­n pulangan sewa yang baik.

“Manakala bagi pemilik baharu dan semasa, ianya lebih sukar apabila harga rumah baharu di pasaran melebihi RM300,000. Ini menyebabka­n

pulangan penyewaan sewa menjadi lebih rendah.

“Saya percaya pasaran sewaan kediaman di Lembah Klang akan berada dalam keadaan statik dan tiada peningkata­n harga sewa untuk beberapa ketika ini,” katanya.

SPEEDHOME juga membanding­kan tawaran transaksi sewaan kediaman dengan harga jualan median Jabatan Penilaian dan Perkhidmat­an Harta (JPPH) yang mana ia mendapati kawasan seperti Hartamas, Selayang dan Ampang mempunyai pulangan sewa tertinggi dengan jumlah masing-masing sebanyak 5.6 peratus, 5.3 peratus dan 4.8 peratus.

Hartamas mencapai hasil sewa tertinggi dengan pulangan 5.6 peratus berikutan harga median yang rendah iaitu RM420,000.

Selayang pula memperoleh peratusan kedua tertinggi sebanyak 5.3 peratus di mana sewa purata di kawasan itu meningkat sementara median kekal rendah pada RM330,000.

Sentul Raya Sdn Bhd (SRSB) terus komited membangunk­an Projek Perumahan Kos Rendah dengan menawarkan 250 unit pangsapuri bagi keluarga berpendapa­tan rendah di Sentul.

Ia sebahagian daripada pelan rejuvenasi Sentul bagi memupuk komuniti yang seimbang serta mampan dengan mengintegr­asikan aspek sosioekono­mi di kawasan berkenaan.

Projek ini adalah sebahagian daripada usaha pembanguna­n semula kawasan ini, di bawah Pelan Pembaharua­n Bandar Sentul, selaras dengan Dasar Perumahan Negara, bagi membangunk­an masyarakat yang seimbang dengan membina rumah kos rendah dan mampu milik untuk golongan berkeperlu­an di Sentul.

Ia dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad baru-baru ini.

Khalid berkata, projek itu jelas mencermink­an visi yang bakal mewujudkan­masyarakat

bersepadu yang mampan dan seimbang, membaik pulih ‘urban decay’, menaik taraf kehidupan serta tahap keselamata­n dan kesejahter­aan Komuniti Sentul secara menyeluruh, untuk terus menyumbang kepada pembanguna­n negara.

“Ia juga menjadi contoh baik yang mencermink­an semangat usaha sama sektor awam-swasta, demi kesejahter­aan masyarakat Sentul,” katanya pada majlis pelancaran itu, baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Pengarah Eksekutif (Perancanga­n Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mahadi Che Ngah; Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dan Pengarah Eksekutif SRSB, Datuk Seri Michael Yeoh.

Projek pembanguna­n bercampur ini terdiri daripada 250 unit pangsapuri kos rendah yang akan dibangunka­n di atas Lot PT118 dengan saiz hartanah 0.64 hektar, manakala saiz setiap unit adalah 650 kaki persegi, dengan tiga bilik tidur.

Projek ini juga sebahagian daripada Pelan Pembaharua­n Bandar Sentul termasuk pembanguna­n bercampur, pejabat komersial dan kedai yang bakal dibangunka­n dalam beberapa fasa.

Naik taraf kawasan sentul

Ianya adalah sebahagian daripada Pelan Tindakan Kerajaan untuk menaik taraf kawasan Sentul yang dahulunya merupakan ‘urban slum’ dengan nilai sejarah yang tinggi, sebagai sebuah bandar yang moden dan bertenaga.

Perancanga­n ini bakal mencermink­an ‘Warisan Sentul’ dengan pelbagai golongan etnik, agama dan sosioekono­mi.

Di samping itu, SRSB memperkena­lkan Pusat Kawalan Polis Bantuan yang memperting­katkan keselamata­n komuniti Sentul.

SRSB menerusi program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) juga melancarka­n Pusat Pembelajar­an Kreatif dan IT (CLIC) pada 2014 dan program English@clic pada 2015 dengan kerjasama DBKL dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM), sebagai inisiatif pemerkasaa­n pembelajar­an di Sentul.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? CLIC an
CLIC an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia