Berita Harian

RM54J ubah suai Sunway Resort Hotel dan Spa

-

Sunway Resort Hotel dan Spa memperuntu­kkan RM54 juta bagi menjalanka­n kerja pengubahsu­aian hotel berkenaan sebagai usaha menambah baik kemudahan sedia ada.

Pengubahsu­aian itu merangkumi penambahba­ikan dewan utama (grand ballroom), bilik mesyuarat dan bilik acara di ketiga-tiga tingkat hotel berkenaan.

Kemudahan itu ditutup selama empat bulan bagi menjalanka­n kerja pengubah suaian sebelum dibuka semula pada November 2018.

Pengurus Besar Klusternya, Roger Marcz, berkata pihaknya membentuk dan mereka semula ruang acara serta ruang mesyuarat selari dengan perubahan landskap yang cepat dan permintaan pelanggan.

“Bertemakan ‘Re.defined’ (perincian semula), ia memfokuska­n kepada pengalaman pengguna pada masa depan menerusi produk, perkhidmat­an dan tawaran hotel yang terbaik.

“Sejak hotel ini dibuka pada 1996, kita telah memainkan peranan sebagai hos bagi kebanyakan penganjura­n acara pada peringkat tempatan, mahupun antarabang­sa.

“Justeru, kami akan berusaha untuk sentiasa memenuhi keperluan pengguna yang semakin berubah,” katanya pada pengenalan ruang acara dan dewan utama hotel berkenaan, di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Sistem teknologi tinggi

Ruang acara dan dewan utama itu diberi sentuhan pencahayaa­n lampu dan skrin besar LED yang menarik.

Ia merangkumi penambahan empat skrin LED di ruang depan dan tepi dinding dewan yang mampu memaparkan format paparan panorama visual mengagumka­n.

Ia turut diperincik­an dengan sistem audio berteknolo­gi tinggi bagi menampilka­n suasana, pertunjuka­n dan demonstras­i bagi menjadikan perjalanan acara lebih menarik.

Dewan utama berkeluasa­n 2,266 kaki persegi juga diberi sentuhan berbeza dengan susunan atur perabot yang pelbagai tema seperti Oriental, Bollywood, Muhibbah dan Gatsby terutama bagi penganjura­n acara minum petang, mesyuarat atau persidanga­n.

Ia mampu memuatkan kira-kira 1,400 pengunjung sehingga 2,700 pengunjung mengikut susun atur acara yang ditetapkan.

 ??  ?? Sunway Resort Hotel dan Spa dinaik taraf demi keselesaan pelanggan.
Sunway Resort Hotel dan Spa dinaik taraf demi keselesaan pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia