Berita Harian

Fatin bangkit demi maruah

-

pula berkata, dia bukan lagi Fatin Afeefa yang lalu. Sebelum ini, sikapnya dikatakan sering memberikan ruang kepada orang luar untuk mencemuh dan menghina dirinya.

“Saya akui berdepan dengan cemuhan teruk. Saya dipandang hina selepas bercerai. Bagaimanap­un, hari ini saya kuat berdepan dengan cemuhan. Cerita buruk pun kurang diperkatak­an lagi.

“Kenapa? Kerana saya sudah bangkit semula. Saya tidak lagi memberikan peluang kepada sesetengah pihak terus memburukka­n saya. Walaupun saya tahu masih ada lagi yang suka menabur fitnah, saya tidak sekali-kali memberikan peluang orang mengaibkan saya lagi.

“Saya tahu apabila ada yang mengaibkan saya, dia hanya mahukan perhatian,” katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, apabila tertekan, dia tidak mampu bekerja dan meneruskan hidup dengan tenang.

“Dulu, saya tidak pernah membalas apa juga yang diperkatak­an, tetapi kini tidak lagi. Saya sudah berani menjawab setiap isi cemuhan dihamburka­n.

“Saya menjawabny­a dengan sarkastik. Nak cakap apa, cakaplah... Saya tidak mempedulik­annya lagi. Sekarang, tiada lagi Fatin Afeefa yang boleh dicarik-carik maruahnya,” katanya yang muncul dengan drama Geng

Mak Mak pada Ramadan lalu.

Enam bulan menganggur

Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin berkata, dia pernah tidak bekerja selama enam bulan selepas berdepan episod perceraian.

“Hampir setiap malam saya menangis. Malah, saya pernah menyalahka­n takdir, kenapa kehidupan seteruk ini?

“Saya rasa hidup terlalu terseksa sehingga tidak mampu membeli susu buat anak. Saya hanya memberikan­nya air Milo, itupun daripada paket kecil.

“Saya juga terpaksa menumpang di rumah keluarga dan menyusahka­n orang tua. Bagaimanap­un, saya tidak boleh terus meratapi hidup, saya harus bangkit demi anak-anak. Alhamdulil­lah, ramai kawan yang membantu,” katanya.

Ujar Fatin, dahulu, mereka terdengar cerita dirinya tidak mahu berlakon, sedangkan tak pernah terdetik dalam hatinya mahu meninggalk­an lakonan.

“Mana mungkin saya meninggalk­an dunia yang dikejar sejak kecil? Namun, fitnah berleluasa membuatkan ada yang tersalah anggap. Alhamdulil­lah, doa orang yang teraniaya tiada hijab di sisi Allah,” katanya.

Beraya dengan anak

Pelakon yang mencipta nama menerusi filem

Tentang Bulan pada 2006 itu berkata, dia meraikan Syawal bersama dua permata hati, Adam Aisy Arrian, 7, dan Ivy Herra Sophia, 4.

“Tahun lalu, anak-anak meraikan Syawal bersama bapanya, selama 10 hari.

Kali ini, giliran saya pula beraya bersama mereka dengan tempoh yang sama.

“Kami akan meraikan Aidilfitri di Kuala Lumpur, sebelum pulang berhari raya di kediaman keluarga saya di luar ibu kota. Kami juga akan pulang ke kampung halaman nenek sebelah bapa di Johor Bahru,” katanya.

Nak cakap apa, cakaplah... Saya tidak mempedulik­annya lagi. Sekarang, tiada lagi Fatin Afeefa yang boleh dicarik-carik maruahnya

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia