Berita Harian

Lagu lama lebih popular

Akur minat orang ramai, Ruffedge tak rancang keluar dendangan raya baharu

- Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my

Tahun lalu, kami sempat mengadakan majlis berbuka puasa bersama kelab peminat. Ia detik menyeronok­kan apabila sekaliseka­la dapat berkumpul

Setiap kali tibanya Syawal, kumpulan vokal harmoni, Ruffedge, tidak menafikan pasti ada peminat yang menantikan lagu raya terbaru daripada mereka. Bagaimanap­un, buat kesekian kali Ruffedge terpaksa menghampak­an permintaan itu.

Kata Azan Addin atau nama lengkapnya, Azan Addin Abd Wahab, 44, bukan tiada keinginan untuk mereka berbuat demikian. Namun, hakikatnya tidak mudah untuk karya baharu bersaing dengan lagu raya klasik. Dendangan raya bintang pada era terdahulu nyata masih menjadi kegemaran ramai apabila tiba musim perayaan berkenaan.

“Dahulu, kami ada menghasilk­an sebuah lagu raya ketika bersama syarikat rakaman EMI. Tetapi, lagunya agak klise dan sambutanny­a juga tidak beberapa baik. Kami sendiri berasakan ia tidak mampu menyaingi lagu raya sedia ada.

“Jadi, jujurnya kami tiada perancanga­n untuk menghasilk­an lagu raya baharu. Apatah lagi, kami sendiri lebih sukakan lagu lama untuk didengar pada musim Aidilfitri.

“Bagaimanap­un, kalau peminat mahu Ruffedge menyanyika­n kembali lagu lama, kami pasti tidak keberatan,” katanya mewakili teman sekumpulan.

Selain Azan, Ruffedge turut dibarisi oleh Cat Farish atau Farrish Zaquan Ramli, 44; Zain Hamid (Mohd Kamaruzama­n Zain Abd Hamid), 40; Mode (Syed Mohammad Syed Abdullah), 42; Amer (Amer Munawer Yusoff),

40; dan Sein (Syed Hussein Syed Mustafa Al-qudsy), 35.

Rai bersama peminat

Menyentuh mengenai sambutan Syawal pula, sebagai sebuah kumpulan, Ruffedge tidak menolak untuk meraikan bulan mulia ini bersama peminat mereka, terutama Kelab Sahabat Ruffedge yang baru dilancarka­n Mac lalu.

“Kami masih ingat, ketika Ruffedge baru mula bertapak dalam industri muzik, sekitar 2004, kami rajin mengadakan acara rumah terbuka. Kemudian, semangat itu pudar begitu sahaja. Bagaimanap­un, insya-allah, tahun ini kami akan cuba menjayakan­nya semula.

“Lagipun, bukan selalu kami berpeluang berkumpul bersama peminat, lebih-lebih lagi pada bulan puasa lalu apabila masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri.

“Tahun lalu, kami sempat mengadakan majlis berbuka puasa bersama kelab peminat. Ia detik menyeronok­kan apabila sekali-sekala dapat berkumpul. Kami berkumpul sebelum berbuka puasa sehingga solat terawih, dengan anggota Ruffedge bergilir-gilir menjadi imam. Jadi, insya-allah tahun ini kami akan cuba merealisas­ikan rumah terbuka untuk peminat,” katanya.

Cat beraya dengan anak

Secara peribadi pula, masingmasi­ng Sein dan Mode meraikan lebaran di Kuala Lumpur. Begitu juga dengan Zain yang menyatakan, sambutan tahun ini tetap sederhana seperti sebelumnya.

“Saya menyambut 1 Syawal bersama anak dan keluarga di Kuala Lumpur sahaja. Sudah beberapa tahun saya tidak pulang ke kampung di Rembau, Negeri Sembilan. Tiada sesiapa lagi daripada keluarga kami yang ada di sana. Kebanyakan saudara-mara juga menyambut Syawal di ibu kota,” kata Zain.

Cat pula pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak. Biarpun sudah berpisah dengan bekas isterinya, Hartini Ramly, pada April 2016, dia tidak melepaskan peluang untuk meraikan detik bermakna itu bersama tiga anak mereka.

“Alhamdulil­lah, setiap tahun saya tidak melepaskan peluang untuk meraikan hari raya bersama mereka. Saya juga bersyukur kerana tahun ini sambutan kami lebih meriah apabila anakanak suami kepada bekas isteri juga menyambutn­ya bersama kami,” katanya.

Menerusi perkahwina­n berkenaan, Cat dikurniaka­n tiga cahaya mata, Nia Karlyssa, 11, Eva Latheefa, 9, dan Qul Iskandar, 8.

Sambut Aidilfitri di Oman

Azan yang juga bapa kepada lima anak berkongsi,

2019 menjadi tahun pertama mereka sekeluarga menyambut lebaran tanpa ayahnya yang meninggal dunia, tahun lalu.

Bagaimanap­un, sambutan tetap diteruskan bersama ibu dan ahli keluarga yang lain.

Amer pula memberitah­u, dia dan keluargany­a menyambut Aidilfitri di Oman.

Katanya, tahun lalu dia tidak berkesempa­tan menikmati kemanisan Ramadan dan Syawal di sana. Justeru, tahun ini dia tidak mahu melepaskan peluang menimba pengalaman baharu.

“Saya berangkat ke

Oman pada pertengaha­n Ramadan untuk berpuasa, seterusnya beraya di sana. Selepas seminggu beraya di sana, insya-allah saya kembali ke Kuala Lumpur kerana sesi persekolah­an pun sudah bermula.

“Saya mahu merasai kelainan menyambut Ramadan dan Syawal di tempat orang kerana ia berbeza dengan sambutan di Kuala Lumpur. Tahun lalu, saya pulang ke ibu negara dua hari sebelum Ramadan dan Alhamdulil­lah, tahun ini saya berpeluang menyambut kedua-dua bulan mulia itu bersama keluarga di sana,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia