Berita Harian

Terkenang insiden dikejar warga asing

Nabila Razali tak boleh lupa kejadian menakutkan sewaktu berbasikal kumpul duit raya zaman kanak-kanak

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Yrajamawar@nstp.com.my

ang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan! Amalan ziarah-menziarahi sudah menjadi tradisi keluarga penyanyi popular, Nabila Razali, 27, pada Syawal nan mulia.

Sehebat manapun dirinya hari ini, artis yang popular dengan lagu dan

itu tidak pernah lupa mengunjung­i rumah sanak saudara pada hari raya.

Keseronoka­n Aidilfitri berganda apabila Nabila dan keluarga pulang ke kampung halaman di Tanjung Karang, Selangor, Melaka dan Johor, tahun ini.

“Seperti kebiasaan, saya meraikan 1 Syawal di rumah keluarga di Gombak, Selangor. Raya kedua pula ke rumah nenek sebelah bapa di Tanjung Karang. Pada raya ketiga kami berkunjung ke rumah keluarga sebelah ibu di Melaka.

“Ia rutin kami anak-beranak setiap tahun. Memandangk­an abang dan kakak sudah berkahwin serta mempunyai keluarga sendiri, jadi sayalah peneman setia ibu bapa.

“Selalunya kami tidak bermalam, sebaliknya hanya pulang atau singgah sehari. Tahun ini, ibu bapa turut menjenguk abang dan isterinya di Johor Bahru kerana mereka tidak pulang berhari raya. Jadi, kami pusing tiga negeri, tahun ini. Saya dan ibu bapa bercuti selama seminggu, jadi puas sikit kami berjalan berkunjung ke rumah sanak saudara,” katanya yang sibuk berniaga di bazar raya sepanjang Ramadan lalu.

Kumpul duit raya

Mengulas kenangan Aidilfitri zaman kanak-kanaknya, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2013 itu berkata, dia terkenang peristiwa dikejar warga Bangladesh ketika keluar beraya.

“Saya hanya mempunyai dua kawan baik ketika zaman kanak-kanak. Jadi, kami seperti kanak-kanak lain menaiki basikal untuk mengumpul duit raya.

 ??  ?? Pematah Hati Vroom Vroom Nabila Razali
Pematah Hati Vroom Vroom Nabila Razali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia