Berita Harian

Kembar Siam cekal hadapi alam kampus

Ahmad, Muhammad tak biarkan kekurangan diri halang capai cita-cita

- Oleh Ruwaida Md Zain

Pasangan kembar Siam, Ahmad dan Muhammad Rosli, pernah menjadi tajuk berita pada 2001 apabila kisah pembedahan pembahagia­n hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum kedua-dua mereka dipisahkan dalam pembedahan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi, pada September 2002.

Walaupun terpaksa mengharung­i kehidupan tanpa anggota badan yang sempurna, pasangan itu yang kini berusia 21 tahun dan bergelar mahasiswa di Management and Science University (MSU), Shah Alam, tidak pernah menganggap diri mereka berbeza.

Kecekalan dan ketabahan mereka melalui kehidupan di alam kampus amat mengagumka­n walaupun perlu berkerusi roda untuk bergerak.

Ketika ditemui BH barubaru ini dengan keadaan kesihatan yang agak merosot, Ahmad tidak pernah menganggap kekurangan diri sebagai halangan untuk belajar.

“Selagi kita tak cuba dan tidak berusaha, kita tidak tahu kemampuan diri kita di tahap mana dan apa hasilnya.

Hidap penyakit kurang sel darah merah

“Walaupun pun terjadi, kena teruskan hidup. Sudah itu ketentuan-nya, kita tak boleh nak buat apa... menangis air mata darah sekali pun, ia takkan berubah. Jadi teruskan hidup,” katanya yang menghidap penyakit anemia atau kekurangan sel darah merah.

Adiknya, Muhammad, turut berkongsi pendirian sama dan kedua-dua mereka melalui hari-hari sebagai mahasiswa sama seperti rakan biasa lain.

“Saya belajar seperti orang lain, saya melihat diri saya sama seperti orang lain. Saya anggap diri saya normal, tiada beza.

“Kita tidak boleh harap orang lain sepenuhnya, kena usaha untuk dapat sesuatu. Kalau minat nak belajar kena cari jalan untuk belajar,” katanya yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Komputer Sains di tahun dua.

Bagaimanap­un, masingmasi­ng mengakui, ada kesukaran yang terpaksa dilalui sepanjang belajar disebabkan keadaan diri mereka berkerusi roda.

“Kesukaran kami untuk mendapatka­n lif hendak ke kelas. Di sini ada tangga dan lif. Sebelum ini saya akan ambil masa 10 minit namun ada kalanya nak masuk lif penuh, walaupun ada ruang tapi tak muat kerana memerlukan ruang yang besar untuk kerusi roda dan kami terpaksa menunggu.

“Maka, sebagai penyelesai­an, kami ambil masa setengah jam sebelum kelas bermula untuk dapatkan lif. Biar saya tunggu orang, jangan orang tunggu saya. Itulah cabaran di sini,” kata Muhammad.

Bagi Ahmad pula, selain sukar mendapatka­n lif, cabaran yang dilalui adalah masalah kesihatan kerana beliau kerap letih dan tidak

Saya belajar seperti orang lain, saya melihat diri saya sama seperti orang lain. Saya anggap diri saya normal, tiada beza. Kita tidak boleh harap orang lain sepenuhnya, kena usaha untuk dapat sesuatu. Kalau minat nak belajar kena cari jalan untuk belajar” Muhammad Rosli, Pelajar MSU

larat walaupun untuk menggunaka­n kerusi roda atau untuk bangun.

“Lepas satu dua kelas saya dah tak larat, jadi saya rombak balik jadual kelas saya. Semester ini agak panjang tetapi kalau semester pendek tiada masalah,” kata pelajar semester enam Diploma Reka Bentuk Grafik ini.

Pasangan kembar itu turut berkongsi impian mereka yang ingin memiliki komputer riba bagi tugasan membabitka­n grafik.

Perlu sumbangan komputer riba

“Kalau boleh kami nak minta bantuan mana-mana pihak yang sudi memberi sumbangan komputer riba untuk grafik.

“Sekarang memang ada yang dibeli ketika Tingkatan Tiga, masih boleh pakai untuk tugasan biasa namun untuk grafik perlu komputer riba khas,” kata Muhammad.

Menurut Ahmad pula, walaupun MSU menyediaka­n makmal komputer khas untuk pelajarnya, mereka lebih selesa menyiapkan tugasan dan mengulang kaji pelajaran dalam keadaan meniarap di surau atau di Pusat Islam dan Kebudayaan MSU.

Katanya, mereka tidak boleh duduk lama, sebaliknya lebih selesa meniarap. Atas sebab itu, keduadua mereka memilih untuk berada di surau.

“Saya banyak buat kerja melukis, surau sahaja tempatnya. Lagipun surau tenang dan tak bising, nak melukis senang,” katanya.

Muhammad turut berkongsi perbezaan ketara mereka berdua berikutan beliau mempunyai kaki kanan dan Ahmad mempunyai kaki kiri.

“Itu antara yang membezakan kami, tetapi kami berkongsi pakaian, kalau nak beli pakaian seorang daripada kami akan ikut mak ayah ke kedai pun tak apa.

“Macam kasut, saiz kaki kami sama. Jadi beli sepasang sahaja, saya pakai sebelah kanan dan Ahmad pakai sebelah kiri,” katanya.

 ?? [FOTO SAIRIEN NAFIS /BH] ?? Ahmad (kiri) dan Muhammad mengulang kaji pelajaran di Pusat Islam dan Kebudayaan MSU sementara menunggu waktu kuliah seterusnya.
[FOTO SAIRIEN NAFIS /BH] Ahmad (kiri) dan Muhammad mengulang kaji pelajaran di Pusat Islam dan Kebudayaan MSU sementara menunggu waktu kuliah seterusnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia