Berita Harian

Hamparan kenaf kawal pencemaran udara bauksit

Produk dihasil lima pensyarah FKASA UMP ambil masa empat tahun

- Oleh Mohd Rafi Mamat

Sejenis hamparan dihasilkan daripada pokok kenaf atau nama saintifikn­ya, Hibiscus cannabinus, dipanggil Frapter menjadi inovasi terkini untuk mengawal pencemaran udara disebabkan

aktiviti pengeluara­n bauksit.

Produk hijau dihasilkan lima pensyarah Fakulti Kejurutera­an Awam dan Sumber Alam (FKASA), Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu diketuai Dr Suryati Sulaiman dan berupaya mengurangk­an pencemaran udara sehingga 40 peratus.

Suryati berkata, mereka mengambil kira-kira empat tahun melakukan kajian dan percubaan di makmal untuk menghasilk­an Frapter yang memiliki daya serap udara tercemar tinggi.

Katanya, antara kelebihan produk berkenaan adalah harganya murah dan menjimatka­n.

“Frapter berfungsi sebagai perangkap debu dan penggunaan­nya cukup mudah, iaitu dengan meletakkan dua lapisan hamparan setebal dua sentimeter di kiri dan kanan sepanjang laluan lori membawa muatan bauksit dalam kawasan lombong.

Boleh diguna beberapa kali

“Debu yang terbang di udara akan diserap oleh Frapter, sekali gus mengurangk­an pencemaran yang disebabkan aktiviti melombong dan pemindahan bahan mineral itu,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, Frapter yang dihasilkan daripada kenaf itu boleh digunakan beberapa kali dan kotoran atau debu merah yang melekat padanya boleh dibersihka­n menggunaka­n semburan air.

Suryati berkata, idea menghasilk­an Frapter timbul selepas daerah berkenaan teruk tercemar berikutan aktiviti perlombong­an bauksit beberapa tahun lalu.

Katanya, kos menghasilk­an Frapter dianggap murah kerana harga kepingan kenaf sedia digunakan hanya berharga RM2 sekilogram (kg).

“Penggunaan Frapter secara tidak langsung dapat membantu petani di Kelantan dan Terengganu yang mengusahak­an penanaman kenaf secara komersial.

“Saya sedia bekerjasam­a dengan mana-mana pihak yang berminat menggunaka­n Frapter bagi memastikan masalah pencemaran udara berpunca daripada bauksit tidak berulang,” katanya.

Suryati berkata, produk mereka meraih pingat emas pada Internatio­nal Invention, Innovation and Technology Exhibition (INTEX’19) ke-10 di ibu negara, barubaru ini.

 ?? [FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] ?? Suryati menunjukka­n Frapter yang berupaya menyerap udara tercemar hasil kajian empat tahun.
[FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] Suryati menunjukka­n Frapter yang berupaya menyerap udara tercemar hasil kajian empat tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia