Berita Harian

Permintaan tinggi lemang dalam tin ikhtiar dua rakan

-

Kota Bharu: Lemang dalam tin yang dihasilkan dua rakan sejak awal Ramadan lalu mendapat permintaan tinggi sehingga ada pelanggan membawa pulang dengan menaiki kapal terbang ke Lembah Klang.

Lemang dihasilkan dengan inovasi baharu itu disediakan seperti biasa, tetapi dibakar di dalam tin, sekali gus menghasilk­an lemang yang lebih sedap.

Pengusahan­ya, Zulkifle Che Abdullah, 55, berkata lemang itu dihasilkan bersama sahabatnya, Faran Yusoff, 48.

Katanya, pelanggan mereka dari Kuala Lumpur sanggup menaiki kapal terbang untuk membeli lemang dalam tin dan dibawa balik untuk dijamu kepada ahli keluarga.

“Tahun ini kami menerima lebih 1,000 tempahan lemang dalam tin sempena Aidilfitri ini. Kami menjadi pencetus pertama yang membuat lemang dalam tin yang mana proses membakarny­a lebih cepat, selain rasa lemak yang lebih serata dan lembut.

“Biasanya untuk membakar lemang mengambil masa lima atau enam jam, namun dengan menggunaka­n tin, ia hanya mengambil masa dua jam dan hasilnya pulut yang digunakan lebih sedap.

“Kami mula berniaga lemang dalam tin sejak awal Ramadan lalu, dengan harga bermula RM8 sehingga RM12.

“Idea lemang ini tercetus selepas kami mengusahak­an ayam bakar Sujiha yang juga dibakar di dalam tin sejak lima tahun lalu,” katanya yang menjual lemang dalam tin di Permai Cafe, Pengkalan Chepa, di sini.

Disusun dalam tin biskut

Zulkifle berkata, bahan yang digunakan untuk menghasilk­an lemang dalam tin sama seperti lemang biasa, tetapi ia disusun di dalam tin biskut bersegi empat dan dibakar.

Katanya, satu lagi kelebihan lemang dalam tin kerana bangkitnya aura rasa daun pisang selain rasa pulut lebih menyelerak­an.

“Lemang yang kami jual boleh bertahan sehingga tiga ke empat hari jika disimpan di dalam peti ais, kerana itu juga kami berani menjualnya kepada pelanggan yang jauh, termasuk dari luar Kelantan.

“Kami berhasrat untuk terus menjual lemang dalam tin pada masa akan datang kerana permintaan yang tinggi dan menggalakk­an,” katanya.

 ?? [FOTO FATHIL ASRI/BH] ?? Zulkifle (kiri) bersama Faran menunjukka­n lemang yang dibakar dalam tin di kedainya di Permai Cafe, Pengkalan Chepa.
[FOTO FATHIL ASRI/BH] Zulkifle (kiri) bersama Faran menunjukka­n lemang yang dibakar dalam tin di kedainya di Permai Cafe, Pengkalan Chepa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia