Berita Harian

Jumlah kalori diambil setiap rumah dalam sehari

-

Katanya, rumah terbuka sinonim dengan budaya masyarakat hari ini yang sukar untuk ditolak, namun tidak bermakna seseorang itu makan setiap hidangan disediakan tuan rumah. “Sekiranya anda mengunjung­i lebih daripada satu majlis rumah terbuka, sebaiknya rancang pengambila­n makanan yang dihidangka­n agar tidak berlebihan. Anda perlu menjarakka­n sedikit masa untuk makan sesuatu juadah ketika berkunjung satu lagi majlis rumah terbuka,“katanya.

Elak minuman manis

Nurul Aziah berkata, ketika hari raya keperluan makanan yang diambil masih sama seperti hidangan pada hari biasa, iaitu pagi, tengah hari dan malam.

Apa yang penting, masih perlu makan makanan daripada lima kumpulan, bijirin, buahbuahan, sayuran, protein dan air.

Justeru, sebelum ke rumah terbuka, sebaiknya bersarapan sebagai alas perut supaya tidak terlalu lapar apabila berkunjung ke rumah terbuka pada waktu tengah hari.

“Sekiranya perlu menghadiri satu lagi rumah terbuka, sebaiknya penuhi undangan itu lewat sedikit, iaitu pada sebelah petang,“katanya.

Nurul Aziah berkata, air manis dan berkarbona­t antara minuman popular dihidangka­n ketika musim perayaan yang sememangny­a sedap, namun ia seharusnya dihindarka­n atau jika mahu hanya minum sedikit.

“Mengurangk­an atau mengelak minum air manis, makanan berminyak dan bergoreng adalah tip mudah boleh diamalkan untuk memastikan berat badan tidak meningkat selepas hari raya.

“Sebaiknya minum air masak berbanding air manis, terutama yang berkarbona­t kerana kadar gulanya sangat tinggi. Bagaimanap­un, kini terdapat minuman berkarbona­t yang kurang manis,“katanya.

Ambil kuantiti rendah

Beliau berkata, seelok-eloknya mulakan makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia boleh memanjangk­an tempoh rasa kenyang seterusnya kurang mengambil makanan utama dalam kuantiti banyak.

Katanya, bagi mengelakka­n pengambila­n kalori berlebihan, sebaiknya pilih makanan seperti soto atau sup berbanding makanan utama lain

Sekiranya ada mi kari, ambil sedikit sahaja kuantiti mi, tambah kuantiti sayur hijau dan tauge untuk protein dan elakkan meletakkan kuah terlalu banyak atau istilahnya ‘banjir’.

Rendang dan kuah kacang memang tidak dapat dielakkan kerana sudah menjadi hidangan tradisi hari raya.

“Apabila makan ketupat, jangan dilimpahi kuah kacang atau mencampurk­annya dengan rendang, sebaliknya cecah sahaja ketupat ke dalamnya.

“Bagi menurunkan dan mengekalka­n berat badan, selain mengamalka­n corak makanan sihat, senaman juga penting seperti berjalan pantas,“katanya.

Timbang berat badan

Katanya, penting untuk menimbang berat badan seminggu sekali untuk mengesan sebarang perubahan, terutama kenaikan berat badan.

Setiap individu perlu sedar, apabila berat badan naik, mereka perlu mengubah gaya hidup kepada lebih sihat berbanding yang sedang diamalkan.

“Amalan berpuasa enam pada hari kedua Syawal atau selang setiap Isnin dan Khamis seperti yang disarankan sunah dapat membantu mengekalka­n berat badan ideal,“katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia