Berita Harian

Bebas risiko penyakit di rumah terbuka

-

Syawal yang indah boleh bertukar menjadi tragedi jika anda tidak memastikan kesihatan seisi keluarga berada dalam keadaan baik sepanjang bulan suci ini.

Kehadiran penyakit seperti cirit-birit, jangkitan kuman, influenza, selesema, batuk, demam campak dan penyebaran bakteria serta virus demam biasanya lebih banyak berlaku pada hari perayaan mahupun tempat yang sesak dengan orang ramai seperti majlis rumah terbuka.

Pakar Pediatrik Hospital Pakar Avisena, Dr Roliza Ibrahim, berkata keprihatin­an soal kesihatan menjamin keluarga bebas daripada beberapa risiko penyakit ketika menghadiri rumah terbuka mahupun melakukan aktiviti kunjungmen­gunjung.

“Biasanya pada musim perayaan, sanak-saudara berkumpul. Ia satu tradisi yang baik untuk diteruskan.

“Bagaimanap­un bagi mereka yang ada anak kecil perlu berhati-hati. Elakkan membawa bayi kecil ke tempat yang sesak seperti rumah terbuka.

“Sistem imunisasi anak masih lemah, justeru elakkan berada terlalu lama di sesuatu lokasi yang sesak,“katanya.

Beliau berkata, ibu bapa perlu menunjukka­n keprihatin­an apabila bayi atau anak kecil berada terlalu hampir dengan individu tidak sihat.

Elak virus tak merebak

Elakkan bayi dicium atau dipeluk mereka yang tidak sihat bagi mengelakka­n jangkitan virus kepada si kecil.

“Virus boleh dibawa melalui udara dan tangan yang tidak dicuci selepas batuk jika individu itu menghidap selesema,“katanya.

Dr Roliza menyaranka­n ibu tidak memberi anak kecil makanan berperisa dan mengandung­i pewarna yang tinggi.

“Makanan seperti ini banyak dijamu ketika musim perayaan. Ia tidak sepatutnya diberikan kepada anak kecil terutama yang alami masalah banyak kahak.

“Beri anak kecil makan makanan berkhasiat dan ibu boleh terlebih dulu sediakan makanan berkhasiat seperti bubur, puri, sayur atau buah segar,“katanya.

Pada masa sama, beliau turut menasihatk­an anak kecil supaya tidak mengambil minuman berais dan berkarbona­t.

“Ketika musim raya, air berkarbona­t antara minuman yang biasa dihidang. Harap ibu-bapa perhatikan anak kecil supaya tidak mengambil minuman ini.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia