Berita Harian

Doktor angkat ‘bendera putih’

Sikap pesakit kerap tangguh janji temu punca pertambaha­n kes kanser

- Oleh Rozdan Mazalan

Sebanyak 37 peratus doktor di Amerika Syarikat (AS) tidak lagi mahu membuat ujian kanser ke atas pesakit kerana sudah bosan dan penat dengan ragam pesakit.

Peratusan itu hasil kajian Universiti Pennysylva­nia AS terhadap 52,000 pesakit yang layak menjalani ujian kanser sepanjang tiga tahun.

Pada kajian itu, doktor mengarahka­n 64 pesakit menjalani ujian kanser pada janji temu bermula jam 8 pagi, namun 48 peratus daripadany­a mengubah janji temu pada sebelah petang. Bagi ujian kanser kolon, 37 peratus diarahkan datang, namun hanya 23 peratus tiba pada sebelah petang.

Pengkaji yang juga graduan Universiti Pennysylva­nia, Esther Hsiang, berkata pihaknya mencadangk­an selain kerja yang mengalami kes tinggi tekanan, doktor meluat dan sukar untuk membuat keputusan.

Janji temu pagi

“Jika mahukan ujian kanser yang elok, buatlah janji temu dan ujian pada sesi pagi. Sebanyak 37 peratus pesakit berpeluang diuji untuk kanser jika datang pada sesi pagi berbanding janji temu jam 5 petang.

“Kepenatan mengejar jadual dan beban kerja tertangguh menjadi penyakit kronik pada industri penjagaan kesihatan hari ini.

“Doktor menjadi lelah, terutamany­a dalam proses membuat keputusan berkalikal­i sepanjang hari dan kesannya mungkin memberi risiko pada nyawa pesakit jika para doktor kehabisan tenaga menguji kanser dari awal hingga hujung hari,” katanya.

Menurutnya lagi, ujian imbasan kanser adalah langkah pertama yang penting untuk mempertaha­nkan serangan kanser. Pelbagai amalan gaya hidup sihat boleh dilakukan untuk kurangkan risiko kanser, namun kadangkala sel kanser tetap juga hidup dan membiak.

Tambahnya, bukan semua kanser boleh dikesan oleh mata kasar, maka ujian imbasan adalah langkah terbaik mendapat petunjuk kanser pada peringkat awal, seterusnya merawat.

“Sama ada perlu atau tidak, pesakit perlu diuji bagi menentukan jenis kanser kolon atau payudara. Ini juga bergantung pada umur, sejarah perubatan diri dan keluarga, faktor risiko genetik dan gaya hidup. Namun doktor mungkin punya kemungkina­n lain dalam fikiran mereka.

“Keputusan itu dianalisis daripada data 52,000 pesakit yang layak diuji kanser dan melakukan janji temu dengan doktor mereka antara 2014 dan 2016. Bagi kanser payudara, doktor mengarahka­n 64 peratus datang pada ujian jam 8 pagi dan satu pertiga menjalani mamogram atau ujian lain dalam tempoh setahun.

“Namun bagi ujian jam 5 petang hanya 48 peratus diuji kanser dan 18 peratus menerima rawatan dalam setahun. Peratus ini juga sama terhadap ujian kanser kolon. Doktor juga mengarahka­n 37 peratus datang pada sesi pagi dan hanya 28 peratus terima rawatan dalam tahun yang sama,” katanya.

Kes petang meningkat

Bagi sesi petang, hanya 23 peratus dihantar ujian, namun 18 peratus sahaja dirawat. Selepas rehat tengah hari, pengkaji melihat peningkata­n jumlah pesakit yang dihantar untuk ujian, namun kelewatan para petugas kembali dari waktu rehat, merendahka­n peratus pesakit yang sanggup menunggu.

Katanya, ujian imbasan adalah penyelamat nyawa. Bagi kanser kolon misalnya, pertumbuha­n polip boleh dibuang ketika ujian imbasan melalui teknik koloskopi. Institut Kesihatan Kebangsaan menerangka­n ujian imbasan mampu merendahka­n peratus kadar kematian hampir separuh.

“Namun ada nyawa tidak dapat diselamatk­an jika doktor tidak menghantar mereka ke ujian imbasan dek kerana sibuk dengan jadual ketat dan temujanji penuh. Kami menggelar situasi ini sebagai ‘kelelahan membuat keputusan’. Manusia mungkin kurang tepat membuat keputusan baru setelah melakukann­ya berkali-kali sepanjang hari,” katanya.

 ??  ?? Esther Hsiang,
Pengkaji/graduan Universiti Pennysylva­nia
Esther Hsiang, Pengkaji/graduan Universiti Pennysylva­nia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia