Berita Harian

Homeopati rawatan alternatif holistik

Kaedah sesuai ikut sistem badan pesakit

- Oleh Nor Hatina Shuib hatina@bh.com.my

Homeopati yang sudah bertapak di Malaysia sekitar 1950-an sebagai rawatan alternatif untuk mengubati sesuatu penyakit, selain kaedah biasa.

Di United Kingdom dan Amerika Syarikat, homeopati sudah lama mendapat perhatian ramai sehingga tertubuhny­a banyak universiti dan kolej menawarkan kursus berkaitan rawatan ini. Di negara seperti India dan Pakistan pula homeopati adalah sistem rawatan utama dan diiktiraf kerajaan negara itu.

Dekan Fakulti Tradisiona­l dan Perubatan Komplemant­ari, Kolej Universiti Perubatan Cyberjaya (CUCMS), Prof Dr Ibrahim Usman Mhaisker, berkata kaedah rawatan homeopati sebenarnya sudah mula diperkenal­kan doktor berbangsa Jerman, iaitu Dr Samuel Hahnemann pada 1755.

Katanya, homeopati adalah satu sistem perubatan dan di negara ini diperakui Kementeria­n Kesihatan.

“Di seluruh dunia, kita ada pelbagai sistem perubatan berbeza seperti tradisiona­l Melayu, Cina, India dan perubatan Islam atas tujuan sama mengubati pesakit,” katanya ketika ditemui selepas memberi ceramah bertajuk Skop Homeopati dalam Kes Pediatrik anjuran Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), baru-baru ini.

Kenali masalah awal

Beliau berkata, dalam kes pediatrik menerusi rawatan homeopati, pesakit dirawat menerusi pendekatan holistik.

“Misalnya, merawat kanakkanak ekzema, ada pesakit datang beritahu doktor tidak membenarka­n anaknya makan ikan seumur hidup. Persoalann­ya adakah ikan penyebab masalah. Jika tidak makan ikan beri penyelesai­an kepada rawatan.

“Kajian mendapati daripada 99 peratus yang makan ikan, satu peratus sahaja yang mungkin bermasalah, jadi fokus rawatan adalah kepada pesakit alahan ikan supaya mereka boleh makan ikan tanpa sebarang masalah pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata, ini berikutan mungkin ada sesuatu yang tidak kena kepada pesakit kanak-kanak itu yang menyebabka­n berlaku masalah ekzema.

“Berhenti makan ikan bersifat sementara, ikan tidak memberi kesan kepada kesihatan. Dalam rawatan homeopati, kita membetulka­n masalah alahan itu supaya pada masa akan datang pesakit tidak mengalami keadaan sama.

“Kita tidak merawat penyakit, tetapi kita merawat pesakit yang ada penyakit,” katanya.

Beliau berkata, dalam ilmu homeopati, penilaian diberikan terhadap penyakit sama ada jenis akut ataupun kronik.

“Akut adalah penyakit seperti selesema dan demam yang boleh sembuh dalam tempoh masa beberapa hari, manakala penyakit kronik pula memakan masa lama untuk sembuh seperti ekzema.

Diagnosis klinikal penting

Pemerhatia­n dan diagnosis klinikal memang satu keperluan dalam merawat pesakit dilakukan tetapi dalam rawatan ini, ia melangkaui pemerhatia­n lebih lanjut.

“Untuk kes pediatrik kita membuat pemerhatia­n sehingga bermulanya sejarah anak dalam kandungan, termasuk adakah tendangan anak ketika dalam kandungan adalah normal,” katanya.

Beliau berkata, menerusi pemerhatia­n lanjut rawatan terarah kepada mengesan sebarang yang luar biasa berlaku kepada pesakit.

“Dalam rawatan hemeopati ini, kita mengesan sebarang perkara luar biasa terlebih dahulu berbanding perkara biasa kerana perkara biasa sudah diketahui umum.

“Contoh paling mudah, dalam anggota tubuh manusia, adalah normal jika ada dua mata dan satu hidung tetapi menjadi tidak normal apabila ada dua hidung dan satu mata. Di sinilah permulaan kepada sistem hemeopati dalam merawat penyakit secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata, dalam kes sakit kepala pula, jika mendapat rawatan konvension­al, kita diberi paracetamo­l untuk melegakan sakit. Jika tiga orang sakit kepala, biasanya semua diberikan ubat sama,

Kelakuan, rawatan berbeza

“Namun, dalam rawatan hemeopati ke atas kanak-kanak, jika ada tiga kanak-kanak menghidap ekzema, kita beri ubat berbeza walaupun penyakit itu sama. Kenapa? Pesakit mempunyai kelakuan berbeza dan rawatan perlulah berbeza,“katanya.

Begitu juga pemberian dos ubat, perlu mengikut keadaan pesakit sama ada tahap akut atau kronik selain melihat tahap imuniti pesakit.

Jika pesakit mempunyai tahap imuniti rendah, dos diberikan perlu rendah dan jika imuniti tinggi, dos diberikan adalah dos tinggi.

“Kami perlu berhati-hati dalam memberi dos ubat kepada pesakit selain preskripsi ubat yang tepat. Kami tidak memberi ubat kepada pesakit sewenang-wenangnya.

“Walaupun tiada kesan sampingan, jika dos diberikan tidak sesuai kepada pesakit atau berkuranga­n atau terlebih, ini amat merugikan kerana tidak memberi sebarang kesan untuk merawat penyakit berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, antara penyakit dihidapi kanak-kanak yang boleh dirawat menerusi pendekatan ini adalah gastrik, tonsil, sinus dan asma dengan remedi berbeza dan pilihan ubat lebih banyak.

“Untuk tonsil, kita ada sehingga 405 ubat remidi untuk menyembuhk­an penyakit ini. Kita hanya gunakan satu daripada 405 ubat ini untuk merawat tonsil,” katanya.

Dalam rawatan hemeopati ini, kita mengesan sebarang perkara luar biasa terlebih dahulu berbanding perkara biasa kerana perkara biasa sudah diketahui umum” Dr Ibrahim Usman Mhaisker, Dekan Fakulti Tradisiona­l dan Perubatan Komplemant­ari, Kolej Universiti Perubatan Cyberjaya (CUCMS)

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia