Berita Harian

Ketone berlebihan penyebab koma

Kesan bau air kencing seperti bertih jagung

- Oleh Halina Mohd Noor

Penghidap kencing manis atau diabetes jenis satu bukan sahaja perlu memeriksa secara tetap tahap gula di dalam darah tetapi juga tahap ketone, bagi mengelak risiko gangguan kesihatan lebih serius.

Dalam keadaan sedemikian mereka boleh mengalami serangan serius, termasuk koma yang membawa maut kerana seiring peningkata­n gula di dalam darah, tahap ketone juga meningkat.

Ketone adalah bahan dikeluarka­n oleh hati untuk menghasilk­an glukosa atau gula ketika seseorang itu sedang berada dalam keadaan kelaparan untuk membekalka­n tenaga kepada tubuh.

Pesakit yang mengalami tahap gula dan ketone tinggi dalam darah dan tidak diberikan insulin dalam tempoh dua hingga empat jam, boleh tidak sedar diri atau pitam dengan risiko kematian antara tiga hingga lima peratus.

Ketone yang tinggi boleh dikesan menerusi darah dan air kencing yang berbau manis seakan bertih jagung dipanggang.

Ketua Diabetes dan Endokrinol­ogi, Pusat Perubatan UKM, Prof Dr Nor Azmi Kamaruddin, berkata ketosis atau keadaan ketone yang tinggi dalam kalangan penghidap diabetes sangat bahaya kerana mereka tidak memiliki insulin.

Ketone masuk saluran darah

“Dalam keadaan perut kosong, terutama ketika berpuasa, lemak dipecahkan dan ditukar kepada ketones yang akan berkumpul di dalam salur darah dan masuk ke dalam air kencing.

“Keadaan ini mungkin tidak bahaya bagi individu sihat kerana mereka memiliki insulin untuk mengawalny­a dengan mengubah gula menjadi tenaga. Berbeza pesakit diabetes kerana apabila ketones terbentuk, akan menyebabka­n kesan buruk kerana tanpa insulin, gula tidak ditukar kepada tenaga,” katanya.

Dr Nor Azmi berkata, sesetengah kes diabetes, ketika tidur, gula meningkat daripada 7mmol kepada 14mmol pada sebelah pagi kerana tidak cukup insulin atau ubat.

Kekurangan insulin ini kata beliau, berlaku kerana tubuh menyangka perut sedang lapar dan tidak cukup makan lantas hati mengeluark­an glukosa.

Periksa gula sebelum sarapan

Justeru, sebaiknya periksa kadar gula sebelum sarapan kerana kedua-duanya boleh meningkat tanpa disedari dan selepas dua jam makan, kadarnya turun kepada normal.

“Bagi pesakit diabetes, ia akan turun lambat sedikit dan sekiranya ingin periksa kadar gula, sebaiknya dua jam sebelum makan. Sekiranya kadar gula tinggi, bermakna mereka tidak mengambil insulin atau ubat dengan cukup.

“Ini boleh diatasi dengan mengubahsu­ai insulin atau ubat bergantung kepada kadar yang diambil sebelum ini. Pesakit diabetes perlu berbincang dengan doktor, terutama yang tidak terkawal mengenai keperluan mengubahsu­ai insulin dan ubat-ubatan,” katanya.

Dalam keadaan perut kosong, terutama ketika berpuasa, lemak dipecahkan dan ditukar kepada ketones yang akan berkumpul di dalam salur darah dan masuk ke dalam air kencing” Dr Nor Azmi Kamaruddin, Ketua Diabetes dan Endokrinol­ogi, Pusat Perubatan UKM

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Ujian ketone boleh dilakukan dengan pemeriksaa­n darah.
Ujian ketone boleh dilakukan dengan pemeriksaa­n darah.
 ??  ?? Ujian ketone dilakukan menggunaka­n urin.
Ujian ketone dilakukan menggunaka­n urin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia