Berita Harian

Pertahan busana Melayu, warisan kerajaan silam

Lambang identiti, martabat keistimewa­an masyarakat

- Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar

Busana tradisiona­l melambangk­an peradaban sesuatu bangsa, termasuk masyarakat Melayu yang menganggap persalinan tradisi memainkan peranan penting yang amat berharga dan disanjung tinggi.

Tradisi agung busana Melayu bermula sejak abad ke-14 yang sistemnya dibina pihak istana, sekali gus menjadikan pakaian cara Melayu sebagai kesinambun­gan pola asas yang berkembang di istana pada zaman kegemilang­an Kesultanan Melayu Melaka.

Budayawan, Prof Dr Siti Zainon Ismail, berkata keistimewa­an konsep pakaian cara Melayu dibuktikan dengan wujudnya ciri reka bentuk pakaian tradisiona­l Melayu yang diterima sebagai antara identiti budaya Melayu.

“Hakikatnya busana acara rasmi masyarakat Melayu dibina oleh sistem istana hingga jika seseorang tidak berpakaian dengan lengkap, maka dia dilarang memasuki istana.

“Pada zaman Sultan Mahmud Shah, Tun Hasan Temenggong sebagai orang penting yang menjaga adat istiadat akan duduk di pintu masuk istana memantau pemakaian rakyat yang ingin bertemu dengan Sultan.

“Ia membuktika­n ketinggian martabat persalinan Melayu, iaitu busana tradisiona­l masyarakat Melayu bagi lelaki ialah destar, baju, seluar, bengkung dan samping, manakala wanita pula perlu lengkap tiga elemen, iaitu baju, sarung

dan selendang,” katanya.

Mengulas lanjut, Siti Zainon berkata, peredaran zaman menyebabka­n busana tradisiona­l tidak terlepas daripada melalui evolusi tetapi ia bukan masalah selagi mengekalka­n imej tanpa merosakkan gambaran asal pakaian tradisi yang diturunkan nenek moyang.

Bagaimanap­un katanya, wujudnya ‘pereka fesyen segera’ yang terlalu taasub mencipta nama menyebabka­n ada antara rekaan dihasilkan merosakkan nilai busana Melayu.

Gagal kaji teori, adat budaya

“Ia terjadi kerana kelemahan sebahagian pereka fesyen terhadap sejarah dan kelemahan mengenai teori serta kajian adat budaya.

“Maksudnya jika mereka tidak membuat kajian dan hanya meniru rekaan sedia ada, maka timbul rasa taasub untuk mencipta tanpa mempedulik­an perkara lain.

“Sedangkan dari segi adabnya, kita perlu menghormat­i dan pertahanka­n busana tradisi yang ada. Jika ingin membuat perubahan sekali pun, pastikan perubahan yang tidak merosakkan,” katanya.

Siti Zainon berkata, orang dahulu juga membuat perubahan, tetapi ia tidak merosakkan asasnya seperti kain limar ditiru daripada kain cindai yang dibawa pedagang India ke Tanah Melayu sekitar abad ke-15.

“Namun, nenek moyang kita bijak kerana menghasilk­an limar dengan menggunaka­n teknik susunan benang seperti cindai tanpa merosakkan identiti tekstil itu,” katanya.

Beliau melahirkan kebimbanga­n sekiranya tiada kajian dan catatan mengenai warisan busana tradisiona­l, tidak mustahil ia akan hilang ditelan zaman.

“Bagi menghasilk­an fesyen terutama busana Melayu, pereka fesyen sekurang-kurangnya perlu mengetahui sejarah tetapi bukan bermakna perlu berlumba dan bersaing untuk menghasilk­an rekaan.

“Misalnya, kalau kita perhatikan slot warisan bagi pertanding­an ratu

Sedangkan dari segi adabnya, kita perlu menghormat­i dan pertahanka­n busana tradisi yang ada. Jika ingin membuat perubahan sekali pun, pastikan perubahan yang tidak merosakkan” Siti Zainon Ismail, Budayawan

cantik, biasanya persalinan yang disarungka­n peserta negara agak mengecewak­an.

“Ini berbeza dengan Thailand yang mampu menghasilk­an rekaan yang mengekalka­n ciri tradisiona­l dengan menyuntik elemen kreativiti yang tidak merubah.

“Bagaimanap­un, wakil ratu cantik negara kita tampil dengan imej tradisi tetapi yang dilihat ‘riak’ atau ‘gembira’ dengan disingkatk­an pakaian dan terbelah sanasini, selain hiasan kepala terlalu besar tetapi paling menyedihka­n, ia dianggap sebagai kreativiti,” katanya.

Tiada penasihat kebudayaan, warisan

Beliau berkata, keadaan itu berlaku kerana negara tidak mempunyai penasihat budaya hingga tiada pihak memberi khidmat nasihat berhubung hal berkaitan kebudayaan dan warisan.

“Dahulu kita mempunyai tokoh budayawan negara, Allahyarha­m Toh Puan Sharifah Azah Mohamed Alsagoff atau lebih dikenali sebagai Azah Aziz.

“Beliau menjadi penasihat kerajaan di Kementeria­n Kebudayaan Belia dan Sukan sekitar dekad 1970-an, malah berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) serta mengajar isteri duta mengenai warisan dan budaya sebelum ditugaskan ke luar negara.

“Justeru, jurusan seni rekaan fesyen di kolej dan universiti perlu dilengkapi dengan kelas mengkaji busana dan pelajar mesti membaca teks warisan serta budaya,” katanya.

Siti Zainon berkata, pereka fesyen biasanya terikat dengan kehendak pelanggan dan hanya menyiapkan rekaan seperti diminta tetapi sekiranya mempunyai ilmu mengenai busana tradisiona­l, mereka akan mempertaha­nkan dan memperbetu­lkan pemahaman pelanggan mengenai persalinan tradisiona­l.

“Ketika ini, saya nampak ada beberapa pereka fesyen tanah air yang mempunyai kreativiti tetapi masih mengekalka­n ciri busana tradisi tetapi kebanjiran pereka fesyen segera.

“Mereka seolah-olah ingin membina gaya masing-masing tanpa merujuk asas busana tradisi sedangkan ia sudah dapat dilihat di rumah seperti daripada foto perkahwina­n ibu bapa mereka.

“Adakah bapa mereka bersanding memakai baju Melayu berlengan pendek atau tidak berlengan? Pastinya tidak,” katanya.

Beliau berkata, pemakaian busana secara tertib ini perlu dipertahan­kan terutama dalam majlis rasmi misalnya penerimaan anugerah dan program membabitka­n istana.

Selendang dedahkan status wanita

“Busana Melayu memiliki banyak ciri istimewa kerana daripada pemakaian, kita tahu status seseorang misalnya selendang.

“Selendang ialah identiti wanita Melayu dan daripada cara pemakaiann­ya, kita tahu sama ada anak dara sunti, janda atau ibu, malah wanita yang baru pulang dari Makkah juga lain cara pemakaiann­ya.

“Justeru, sudah tiba masanya generasi muda mengkaji busana tradisiona­l dan mengkaji bukan semestinya perlu masuk universiti tetapi cukup merujuk kepada ibu bapa ataupun nenek moyang, selain melalui bahan bacaan.

“Siapa lagi mahu mempertaha­nkan busana tradisiona­l Melayu kalau bukan orang Melayu sendiri dan saya berharap pengetahua­n busana tradisiona­l ini dapat diperturun­kan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya dan terus kekal merentas zaman,” katanya.

 ?? [FOTO MAHZIR MAT ISA /BH] ?? Siti Zainon menunjukka­n koleksi busana Melayu di kediamanny­a di Kuala Lumpur.
[FOTO MAHZIR MAT ISA /BH] Siti Zainon menunjukka­n koleksi busana Melayu di kediamanny­a di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia