Berita Harian

Theresa May berundur tepati janji

PM Britain lepaskan jawatan ketua parti Konservati­f

-

Perdana Menteri Britain, Theresa May meletak jawatan sebagai ketua Parti Konservati­f, semalam untuk mengotakan janji pada akhir bulan lalu - sekali gus memulakan perebutan secara rasmi jawatan tertinggi negara itu bagi menyelesai­kan krisis Brexit.

May akan kekal sebagai pemimpin negara sehingga calon baharu dipilih, mungkin sehingga lewat Julai depan, namun beliau sudah melepaskan kawalan terhadap proses Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

Bekas Menteri Luar dan Datuk Bandar London, Boris Johnson dilabel calon pilihan mengisi jawatan perdana menteri manakala Menteri Luar Negara, Jeremy Hunt dan Menteri Alam Sekitar, Michael Gove dijangka memberi cabaran merebut jawatan sama.

Brexit masih dijadualka­n pada 31 Oktober depan, namun seteru May menolak perjanjian itu yang menyebabka­n Brexit tertangguh dengan hanya perjanjian pemisahan dengan Brussels tergantung di parlimen.

Lulus perjanjian pemisahan

May mengambil alih pemerintah­an, selepas undian pungutan suara 2016 untuk keluar daripada EU, sejak tiga tahun lalu beliau mengusahak­annya dengan menangguhk­an Brexit dua kali bagi meluluskan perjanjian pemisahan.

Namun, beliau akhirnya menyerah kalah, bulan lalu, selepas pergolakan politik selama berbulan-bulan sehingga menjejaska­n semua pengaruhny­a.

Seramai 11 pembuat dasar Konservati­f mahu menggantik­an beliau, termasuk Johnson tetapi ada yang dijangka menarik diri, sebelum tarikh tamat pencalonan, Isnin depan.

Pemenang perlumbaan itu dijangka mempunyai tempoh beberapa bulan sahaja untuk menyelamat­kan rancangan May sama ada dengan menangguhk­an Brexit sekali lagi atau memutuskan hubungan dengan rakan dagangan terbesar Britain tanpa perjanjian.

Mereka juga berada di bawah tekanan daripada tokoh anti Eropah, Nigel Farage yang memilih Brexit tanpa perjanjian, ketika parti Brexit pimpinanny­a paling banyak menang dalam pilihan raya Eropah, bulan lalu.

Bagaimanap­un, parti beliau kalah tipis untuk kerusi parlimen pertamanya, kepada parti Buruh dalam pilihan raya kecil di bandar Peterborou­gh, timur negara itu.

Walaupun menang, undi parti Buruh jatuh 17 peratus, sementara undi parti Tories menjunam 25 peratus dan kedua-dua situasi ini menunjukka­n cabaran yang bakal dihadapi pengganti May.

 ?? [ FOTO EPA} ?? Orang ramai membantu petugas penyelamat menarik keluar seorang wanita yang terperangk­ap di bawah kenderaan pengangkut­an awam selepas satu kemalangan di Manila, semalam. Punca insiden itu masih dalam penyiasata­n pihak berkuasa.
[ FOTO EPA} Orang ramai membantu petugas penyelamat menarik keluar seorang wanita yang terperangk­ap di bawah kenderaan pengangkut­an awam selepas satu kemalangan di Manila, semalam. Punca insiden itu masih dalam penyiasata­n pihak berkuasa.
 ??  ?? Theresa May
Theresa May

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia