Berita Harian

Media boleh siar gambar pengganas

Mahkamah NZ kata tidak perlu lagi kabur imej Tarrant

-

Hakim New Zealand, semalam memutuskan media kini boleh menyiarkan gambar pengganas kulit putih yang bertindak kejam membunuh 51 jemaah di dua masjid di Christchur­ch, Mac lalu.

Dua mahkamah negara itu sebelum ini mengarahka­n stesen televisyen, laman web, akhbar dan media lain cuma menyiarkan imej Brenton Harrison Tarrant, 28, dengan wajah dikaburkan.

Namun, Hakim Mahkamah Tinggi, Cameron Mander, menulis dalam nota bahawa pendakwa raya menyatakan tidak perlu lagi mengaburka­n

imej Tarrant dan beliau menarik balik arahan itu.

Arahan sebelum ini tidak dapat menghentik­an imej Tarrant daripada diedarkan di internet, dan persoalan kekal mengenai sama ada arahan mahkamah juga tertakluk kepada media yang beroperasi di luar sempadan negara itu.

Saksi tidak terganggu

Profesor undang-undang bersara, Bill Hodge, berkata hujah awal mengaburka­n imej Tarrant bertujuan memastikan saksi tidak terganggu, dan mereka dapat mengenal pasti pengganas berkenaan dengan ingatan sendiri, bukan daripada gambar di akhbar.

Tarrant melakukan penstriman langsung serangan yang dilakukann­ya menerusi Facebook.

Video selama 17 minit itu, yang jelas menunjukka­n wajahnya, disalin dan disebarkan meluas di internet ketika syarikat teknologi bergelut memadamkan­nya.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, berikrar tidak akan menyebut nama pengganas itu, dan bulan lalu membantu mengetuai janji global dinamakan ‘Christchur­ch Call’, bertujuan meningkatk­an usaha memastikan internet tidak digunakan untuk menyebarka­n kebencian, kumpulan pelampau terancang dan serangan yang disiarkan secara langsung.

Amerika Syarikat, bagaimanap­un tidak menyokong ikrar itu, atas alasan menghormat­i kebebasan berucap dan kebebasan media.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Video selama 17 minit jelas menunjukka­n wajah Tarrant pada hari serangan kejam itu.
[ FOTO AGENSI ] Video selama 17 minit jelas menunjukka­n wajah Tarrant pada hari serangan kejam itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia