Berita Harian

Neymar dalam bahaya

Beberapa penaja sedang teliti kesan dakwaan kes rogol di Paris

-

Bintang Brazil, Neymar memberikan kenyataan di balai polis Rio de Janeiro susulan tindakanny­a sama ada melanggar undang-undang ataupun tidak

apabila mendedahka­n gambar wanita yang mendakwa dirogol olehnya.

Pemain itu memberikan kenyataan di balai polis untuk mempertaha­nkan dirinya, dalam keadaan duduk di atas kerusi roda selepas mengalami kecederaan buku lali yang terus menyingkir­kannya daripada saingan Copa America 2019.

Ketika berjalan keluar dan dikerumuni wartawan, penyerang itu melontarka­n penghargaa­n kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

“Saya rasa begitu disayangi,” katanya.

Sudah beri keterangan

Sementara itu, Paris Saint-germain mengesahka­n pemain itu ‘mengalami kecederaan serius di bahagian buku lali kanannya’ dan akan menjalani pemeriksaa­n oleh pasukan perubatan mereka dalam tempoh 72 jam.

“Kecederaan itu menutup musim Neymar yang bergelut dengan pelbagai masalah di dalam dan luar padang ketika dia kini berdepan tuduhan merogol Najila Trindade Mendes de Souza di sebuah hotel di Paris, bulan lalu.

“Kami sudah memberikan kenyataan dan penjelasan yang diperlukan. Kami yakin dapat membuktika­n bahawa klien kami tidak bersalah,” kata peguamnya, Maira Freita.

Dalam pada itu, beberapa pihak penaja Neymar sudah mengambil langkah yang perlu terhadap dakwaan kes rogol berkenaan.

Syarikat penerbanga­n Brazil, Gol Linhas Aereas Inteligent­es SA, berkata tajaan mereka adalah ke atas pasukan keseluruha­n dan bukan individu dan enggan mengulas lanjut manakalamc­donald‘s Corp dan Procter & Gamble serta Nike masih meneliti kes berkenaan.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Neymar tiba di balai polis di Rio de Janeiro dalam keadaan berkerusi roda untuk dirakam keterangan berhubung merogol wanita yang dihadapiny­a.
[ FOTO AFP ] Neymar tiba di balai polis di Rio de Janeiro dalam keadaan berkerusi roda untuk dirakam keterangan berhubung merogol wanita yang dihadapiny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia