Berita Harian

England perlu banyak belajar

Southgate akui pengalaman mesti diiringi kebijaksan­aan

-

Pengurus England, Gareth Southgate berjanji skuad kendaliann­ya akan belajar daripada kesilapan selepas tumbang 3-1 kepada Belanda dalam aksi separuh akhir Liga Negara-negara Eropah, semalam.

Kekalahan bermakna penantian England untuk memenangi trofi yang kali terakhir dijulang pada 1966 berterusan dengan Belanda bangkit daripada ketinggala­n untuk menempah aksi final menentang Portugal, awal pagi Isnin ini.

Selepas penalti Marcus Rashford meletakkan England di depan, pertahanan Belanda Matthijs de Ligt menyamakan kedudukan sebelum kesilapan John Stone dan Ross Barkley serta jaringan sendiri Kyle Walker ketika permainan diheret ke masa tambahan membuatkan mereka kempunan.

“Saya fikir ia benar-benar perlawanan penting untuk kami imbas kembali,” kata Southgate.

“Kami akan mengharung­i beberapa hari yang menyakitka­n selepas ini kerana kami sudah berada di tahap ini tetapi kami akan kembali lebih kuat disebabkan pengalaman ini.”

Southgate turut mempertaha­nkan keputusann­ya untuk merehatkan ketujuh-tujuh pemain yang beraksi di final Liga Juara-juara termasuk kapten Harry Kane dan Jordan Henderson di bangku simpanan.

Masih banyak kerja

Malah dia turut menegaskan pasukannya perlu lebih bijak dalam usaha mengeluark­an bola daripada kawasan bahaya susulan kesilapan yang dilakukan Stones dan Barkley.

“Jika kami tidak bermain seperti itu kami tidak akan bergerak menjadi pasukan terbaik,” kata Southgate.

“Itulah cara yang saya percaya mereka boleh mainkan dan sepatutnya bermain.

“Kesilapan itu tiada ciriciri tertentu, ia hanyalah pelaksanaa­n yang lemah dan keletihan.

“Saya tidak perlu bertindak melulu disebabkan perkara itu dan memberi sokongan kepada semua orang bagi menempuh tempoh yang sukar ini.”

Kemaraan England ke separuh akhir Liga Negara-negara menyamai persembaha­n baik mereka di Piala Dunia tahun lalu tetapi Belanda sudah dua kali tidak layak bermain di kejohanan utama pada Euro 2016 Piala Dunia di Rusia.

Kekalahan menyaksika­n masih banyak kerja yang perlu dilakukan England jika mahu menamatkan kemarau trofi ketika Euro 2020 yang dijadual berlangsun­g di laman sendiri pada musim panas depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia